Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ra.rah]/[ter.a.rah] | تراره

Definisi : 1. terhala, tertuju, dimaksudkan: kata-katanya itu ~ kpd lawannya; 2. telah ditentukan arahnya (tujuannya): peran­cangan dan perkembangan yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terarah


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terarah1. terhala, tertuju, dimaksudkan: kata-katanya itu ~ kpd lawannya; 2. telah ditentukan arahnya (tujuannya): peran­cangan dan perkembangan yg ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
lapisan pengangkutan(transport layer)Lapisan keempat model ISO bagi protokol perhubungan data di antara lapisan bawah yang terarah perkakasan dengan lapisan atas yang terarah perisian.Kamus Komputer
graf terarah(directed graph)Graf yang mempunyai hala tujuan pada setiap hujung graf.Kamus Komputer
terfokusterarah pd suatu tujuan (sasaran, perhatian dsb), tertumpu: mataku ~ pd sehelai sapu tangan merah yg kini berada di genggaman pengetua; komitmen yg lebih ~ terhadap penggunaan sumber;Kamus Dewan Edisi Keempat
lengkok sesatu(unary arc)Lengkok dalam graf terarah yang hanya menyambungkan satu nod sahaja.Kamus Komputer
digraf(digraph)Singkatan bagi directed graph. Lihat graf terarah.Kamus Komputer
DAGSingkatan bagi directed acyclic graph, iaitu graf berkitar terarah.Kamus Komputer
madaniAr maju dr segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan (bkn masyarakat, generasi dsb): usaha utk membentuk masyarakat ~ dgn menyemaikan nilai-nilai murni keke-luargaan; kurikulum itu juga terarah kpd pembinaan masyarakat ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
fokus1. (Fiz) titik tempat sinar (cahaya, haba, bunyi) bertumpu atau tempat ia mencapah selepas pembalikan atau pembiasan; 2. tumpuan (perhatian, perbincangan, dsb): ada parti politik dan persatuan yg cuba memberi ~ kpd masalah ini; berfokus berpusat, tertumpu: bahasa yg kompleks yg kelihatan ~ pd isu atau tema semasa; memfokuskan 1. menjadikan (sinar cahaya, haba, bunyi) bertumpu pd satu titik, menumpukan: apabila bahagian depan mata terlalu bujur dan tidak bulat, cahaya tidak dapat difokuskan ke bahagian belakang mata; 2. memberikan tumpuan (perhatian dsb) kpd, menumpukan perhatian kpd, menonjolkan: drama sebabak ini ~ saat-saat terakhir pemberontakannya; terfokus terarah pd suatu tujuan (sasaran, perhatian dsb), tertumpu: mataku ~ pd sehelai sapu tangan merah yg kini berada di genggaman pengetua; komitmen yg lebih ~ terhadap penggunaan sumber; pemfokusan perbuatan memfokuskan: ~ kpd sasaran ini ditinggalkan kpd para pengkritik.Kamus Dewan Edisi Keempat
arah1. hala, jurusan: ia mencari ~ datangnya suara itu; 2. maksud, tujuan: bercakap tidak tentu ~; ~ aliran arah sesuatu pergerakan, perkem­bangan (sama ada makin meningkat atau menurun); ~ ke = ke ~ hala ke, menuju ke, menghadap ke; searah sama arahnya, sehaluan, sejurusan, setujuan; arah-arah Mn serupa, hampir sama; berarah mempunyai arah, berhala, ber­ha­luan, bertujuan: ~ ke selatan; mengarah 1. menghadap ke sesuatu arah, menghala: pintu kota itu ~ ke sebelah barat; 2. membawa kita ke sesuatu arah (bkn jalan, jambatan, dsb), pergi ke sesuatu arah (bkn orang, kenderaan, dsb), menuju: sebuah jam­batan ~ ke Banting; berjalan ~ ke Kajang; 3. memberi tekanan pd sesuatu hal, berat, condong: perbincangan mereka ~ kpd hal yg lebih berat spt masalah kemiskinan orang-orang Melayu; 4. mengepalai, menge­tuai: ~ peperangan melawan pengganas komunis; 5. mengatur (mengurus atau menge­lolakan serta menyelia) sesuatu persembahan seni spt drama (filem dsb): beliau telah ~ beberapa buah filem Melayu; 6. menyuruh kenderaan dsb mengikut sesuatu jalan (bkn polis lalu lintas dsb): polis sedang ~ lalu lintas di kawasan itu setelah beberapa jalan terpaksa ditutup; mengarah-arahi 1. menyamai, menyerupai: rupanya ~ ayahnya; 2. mengecamkan, menandai (melihat utk mengenal): ~ rupa orang; mengarahkan 1. menggerakkan ke arah, menghadapkan, menghalakan: perempuan itu ~ pandangannya pd anaknya; 2. = mengarah-arahkan ark memaksudkan, memperamat-amati benar: ~ keuntungan saja; 3. memberi petunjuk, memberi perin­tah: polis diarahkan bersikap sopan; terarah 1. terhala, tertuju, dimaksudkan: kata-katanya itu ~ kpd lawannya; 2. telah ditentukan arahnya (tujuannya): peran­cangan dan perkembangan yg ~; arahan 1. pimpinan, pengawasan: filem ~ pengarah Hussain Haniff; 2. petunjuk, pe­rintah: duta itu berkata, ~ mengenai perkara ini sedang ditunggu dr Kaherah; ~ bank (Eko) arahan pelanggan kpd bank utk mem­buat pembayaran bagi pihaknya kpd bank lain; 3. ark orang yg menjadi pembantu; pengarahan 1. perbuatan mengarahkan (menghalakan), penghalaan: ~ peluru ber­pandu; 2. perihal mengarah (memberi teka­n­an pd sesuatu, condong terhadap sesuatu, dsb): ~ kpd sesuatu sumber itu bergantung pd sifat pertembungan kebudayaan dan hubungan sosial; pengarah 1. orang yg kerjanya mengarah (filem, drama, dsb); 2. orang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dsb): P~ Per­khidmatan dan Perjawatan; ~ bukan eksekutif pengarah sesebuah syarikat yg bukan ahli sepenuh masa syarikat itu, tetapi mem­berikan khidmatnya dlm mena­sihati pengarah-pengarah lain; ~ eksekutif ahli lembaga sesebuah syarikat yg juga merupakan staf (biasanya sepenuh masa) syarikat itu yg mempunyai tanggungjawab tertentu, mis yg berkaitan dgn kewangan dan pengeluaran; ~ urusan ketua pegawai eksekutif sesebuah syari­kat yg bertanggungjawab kpd lembaga peng­arah dan terhadap keseluruhan pengu­rusan dan perjalanan syarikat; kepengarahan perihal (sifat, bakat, ke­boleh­an dsb) yg berkaitan dgn pengarah: sedia­kanlah diri dgn ilmu ~ dahulu, bukan­nya sekadar mengisi kalendar pengarah di sesebuah produksi.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas