Terengganu | negeri di tenggara Semenanjung, keluasan 13 080 km2, Kuala Terengganu sbg ibu negeri, Darul Iman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Darul Iman | Terengganu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jata | lambang kebesaran negeri atau negara: ~ kebesaran negeri Terengganu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membatik | membuat batik (dgn tangan): usaha ~ semakin mendapat tempat yg baik di Terengganu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Bateq | (batéq) penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Negrito, yg tinggal di pedalaman utara Pahang, barat Terengganu dan selatan Kelantan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
temu; bertemu | 3 berhubung atau bercantum menjadi satu (ttg sungai dll): Khabarnya hulu Sungai Terengganu itu ~ dgn hulu Sungai Kelantan. | Kamus Pelajar |
berulang-alik | berpergian dan kembali pula (berulang-ulang), pergi (ke sesuatu tempat) dan balik semula: Perahu besar di Kuala Terengganu itu bukan sahaja ~ ke Pahang, tetapi juga ke Siam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Semoq Beri | (semoq béri) penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Senoi yg tinggal di kawasan pinggir Pahang dan Terengganu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
air cor | Terengganu air kotor di pelimbahan yang biasanya terdapat di belakang dapur rumah | Kamus DBP versi dalam Talian |
menyusur | 1 berjalan atau bergerak mengikut tepi sesuatu; berjalan sepanjang tepi: Dr Pekan, mereka telah belayar ~ pantai hingga ke Kuala Terengganu. 2 lalu di sepanjang jalan dll: Sambil ~ di kaki lima itu, Leman memperhatikan barang-barang yg dipamerkan di dlm kedai. 3 ki menyelidik atau meneliti asal usul sesuatu: Kemakmuran ekonomi Semenanjung Tanah Melayu dpt disusur kembali drpd perkembangan perusahaan getah dan bijih timah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |