teri I | 1. sj ikan laut, Stolephorus spp.; 2. sj ikan laut, Eugraulis tri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pinangan | 1. permintaan utk menjadikan isteri: dgn tiada banyak cerewet lagi, saudagar Biram suami isteri telah menerima ~ itu; 2. lamaran (pekerjaan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bendahara | 1 orang besar yg mengendalikan harta benda negara atau raja. 2 menteri yg menjadi ketua kpd men-teri-menteri lain; perdana menteri. perbendaharaan 1 tempat menyimpan harta benda negara. 2 kekayaan (spt harta benda, barang-barang). ~ kata a. keseluruhan kata yg membentuk sesuatu bahasa. b. kata-kata yg diketahui atau yg digunakan oleh seseorang: Penyusun kamus mestilah mempunyai ~ kata yg luas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tampa | salah ~ salah sangka, salah kira, salah terima: aku bertanyakan perempuan itu hanya supaya jangan salah ~, salah raba kelak;menampa 1. menyangka, menganggap, me-ngira: jikalau di dlm sunyi mahulah hamba kalau hamba ditampa Raja Umar; 2. mengerti (pendapat, fikiran orang lain), memahami, menerima. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
comel (comél) II | 1. perkataan yg diucapkan dgn tidak tentu biji butirnya (spt perkataan orang berleter, menggerutu, dsb); 2. = pencomel suka merungut (mengomel, berleter), pengomel, peleter; mencomel mengucapkan perkataan yg tidak tentu biji butirnya (spt orang yg sedang berleter, menggerutu, dsb), merungut, mengomel; mencomeli, merunguti, mengomeli, meleteri; comelan sungutan, leteran, omelan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perhubungan | 1. hubungan: seluruh hidup manusia terdiri drpd ~nya dgn keluarga, jiran dan tetangga; pegawai ~ pegawai perantaraan (utk menyelaraskan tugas bahagian-bahagian yg berlainan dlm ketenteraan, pejabat, dll); 2. alat lalu lintas (jalan raya, kereta api, surat-menyurat, pos, telegram, telefon, penerbangan, pelayaran, dll): ~ udara antara Malaysia dgn Indonesia dipulihkan sebaik-baik sahaja Perjanjian Bangkok ditandatangani; Kementerian P~ kementerian yg mengurus soal lalu lintas dll; 3. perihal berhubung(an) antara satu dgn yg lain (bkn negara dll): ~ diplomatik antara India dgn China semakin genting; perkara-perkara mengenai ~ dagang antara kedua-dua negara dibincangkan dgn sedalam-dalamnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setiausaha | 1. orang yg diambil bekerja utk mengurus urusan surat-menyurat (menyimpan rekod, membuat kerja-kerja perkeranian, dsb) utk orang perseorangan atau utk sesebuah pertubuhan; 2. pegawai yg mengendalikan pentadbiran dll sesuatu kementerian (jabatan dsb), orang yg mengendalikan pentadbiran sesuatu pertubuhan dsb: Ketua S~ Kementerian Luar Negeri; ~ Persatuan Sejarah Malaysia; ~ akhbar setiausaha kpd menteri yg tugasnya menyediakan draf ucapan menteri dan seterusnya mengurus penyiarannya dlm akhbar; ~ kehormat setiausaha yg menjalankan tu-gas atau berkhidmat secara sukarela (tidak diberi gaji atau upah); ~ parlimen setiausaha kpd menteri dlm urusan yg bersangkutan dgn parlimen; ~ peribadi setiausaha yg mengurus hal-hal peribadi seseorang di samping tugas-tugas rasminya; ~ politik setiausaha kpd menteri dlm urusan yg bersangkutan dgn politik; ~ sulit setiausaha yg mengurus urusan peribadi atau urusan sulit dsb seseorang atau sesebuah pertubuhan, syarikat, dsb; ~ syarikat pegawai kanan syarikat korporat yg bertanggungjawab terhadap hal-hal perundangan, pengurusan dsb syarikat; kesetiausahaan (segala urusan) yg berkaitan dgn tugas atau profesion setiausaha: dia berjaya dipilih memegang jawatan penolong setiausaha kerana mempunyai diploma ~; kerja-kerja ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pinang II | ; meminang 1. meminta seseorang perempuan menjadi isteri, melamar: ketika dia datang ~, ibuku tidak lengah-lengah menerimanya; 2. memohon pekerjaan dll, melamar: banyak orang yg ~ jawatan itu; pipit ~ anak enggang prb orang miskin hendak memperisteri anak orang kaya; tabuhan ~ anak labah-labah prb mencari jodoh yg tidak sepadan; meminangkan meminang gadis utk orang lain: mana muafakatlah ia dgn segala orang besarnya hendak ~ puteranya Raja Abdullah akan Tengku Besar; pinangan 1. permintaan utk menjadikan isteri: dgn tiada banyak cerewet lagi, saudagar Biram suami isteri telah menerima ~ itu; 2. lamaran (pekerjaan dll); peminangan hal (pekerjaan dll) meminang: haram melakukan ~ ke atas perempuan yg telah dipinang; peminang 1. orang yg datang meminang; 2. pemohon pekerjaan, pelamar; 3. ark bekas (tempat) sirih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buru | ; buru-buru bergegas-gegas, cepat-cepat: seorang doktor ~ dipanggil; berburu mengejar utk menangkap (membunuh) binatang liar: apabila mereka tidak berlauk dan penat bekerja, mereka ~ ke hutan;berburu-buru 1. berkejar-kejar, berkejar beramai-ramai: orang kampung riuh ~ pencuri yg lari itu; 2. bergesa-gesa, bergegas: penumpang ~ naik bas;memburu 1. mengejar atau menyusul utk menangkap sesuatu (orang, binatang, dll): ~ binatang; ~ pencuri; 2. meluru atau bergegas utk mendapatkan sesuatu: ia menanggalkan kasut terus ~ ke dlm; 3. berikhtiar sekuat tenaga utk mencapai sesuatu: aku tidak akan ~ dan berlumba-lumba utk mencapai kedudukan yg tinggi; ~ kekayaan (pangkat, wang) berikhtiar mendapat kekayaan dll; ~ selamat berikhtiar agar selamat; ~ masa (waktu) berikhtiar agar jangan terlambat; 4. = memburu-buru, memburu-burukan menggesakan, mempercepat: tak usah diburu-buru, masih banyak masa lagi; terburu = keburu Jk 1. (dapat) dikejar: tak akan ~ oleh kau kereta itu; 2. Jk ki melampau sangat (menghendaki sesuatu dll): ~ nafsu (hati); terburu-buru dlm keadaan tergesa-gesa: fikirkan dgn tenang, jangan ~; buruan orang, binatang atau sesuatu yg diburu: agama juga merupakan ~ jiwa yg berterusan; orang ~ orang yg dicari oleh polis (kerana melakukan sesuatu kejahatan); binatang ~ binatang yg diburu; perburuan 1. binatang yg diburu: ~ banyak di hutan ini; 2. perkakas (kelengkapan dll) utk berburu: anjing ~; 3. perihal (perbuatan) berburu: maka Seri Betara pun segeralah menitahkan Raden Aria pergi bertanyakan khabar ~; 4. tempat berburu;pemburuan perihal (perbuatan dsb) memburu;perburu orang yg berburu (binatang): adapun Seri Teri Buana dgn segala laki-laki ~; ~ gajah orang yg berburu gajah;pemburu 1. orang yg memburu; 2. alat (kelengkapan dll) utk berburu; anjing ~ anjing utk memburu; hantu ~ sl hantu yg mempunyai rupa anjing; kapal (kapal terbang) ~ kapal (kapal terbang) yg kecil dan laju utk mengejar kapal (kapal terbang) musuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hubung | ; berhubung 1. berangkai, bersambung, beruntun (antara satu dgn lain); huruf tulis yg ~ huruf tulis yg bersambung; 2. berkaitan dgn, berkenaan (dgn): ia berusaha menyelesaikan segala urusan yg ~ dgn tanahnya; kebanyakan bantuan mengalir ke arah kegiatan-kegiatan yg ~ dgn agama; 3. oleh sebab, kerana: ~ dgn kurangnya ahli yg datang, maka mesyuarat ditangguhkan; 4. bertukar-tukar (berita, fikiran, dll) dgn berbagai-bagai jalan: sekarang kita dapat ~ dgn saudara-mara di Medan menerusi telefon radio; bahasa ialah alat bagi manusia ~ dgn manusia lain; ~ puntung = putus ~ bp (merokok) bersambung-sambung (hampir habis rokok yg satu disambung pula dgn rokok lain); berhubungan 1. ada sangkut pautnya (dgn), bersangkutan, bertalian: suasana di kapal menyebabkan dia melupakan segala sesuatu yg ~ dgn dirinya sendiri; ia mengutuk segala yg ~ dgn bekas isterinya itu; 2. berjumpa (dgn), bertemu (dgn), mempunyai pertemuan (dgn): ia berasa hairan kenapa rakannya itu tidak mahu ~ dengannya lagi; PM menjadi ketua Dewan Rakyat dan ia juga sentiasa ~ dgn PM Komanwel; 3. saling berhubungan; menghubung menyambung sesuatu dgn yg lain (bukan bermakna menambah panjang): tali ini boleh dipakai utk ~ galah; menghubungi 1. membuat perhubungan dgn seseorang utk memberitahu sesuatu (melalui surat, telefon, atau pergi sendiri mendapatkannya): ejen-ejen polis rahsia akan terus ~nya lagi; perbicaraan ditangguhkan sehingga saksi penting dapat dihubungi polis; 2. menjadi sambungan kpd sesuatu, mengikuti, menuruti, menyambut (dgn): kata-kata itu dihubungi dgn ketawa; menghubungkan 1. menjadikan berhubungan (berangkaian, bersambungan), menyambungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memperhubungkan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhubungkan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn sekeluarga orang perantauan lain; 4. menjadikan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon; hubungan 1. sambungan, rangkaian: jikalau ada tersalah bahasanya atau aturan perkataannya atau ~ hurufnya, saya minta ampun banyak-banyak; 2. hasil berhubung: kalau rakyat Belanda tidak sanggup melihat kebenaran ini, maka saya khuatir ~ antara Belanda dan Indonesia akan terputus; 3. kaitan, pertalian, sangkut paut: utk mempereratkan ~ persaudaraan Islam; dlm ~ ini berkenaan apa yg telah dinyatakan (diterangkan) atau yg sedang dibincangkan; ~ darah hubungan kekeluargaan; ~ diplomatik hubungan dgn perantaraan perwakilan (diplomat) antara negara-negara di dunia; ~ dua hala hubungan antara dua pihak yg secara langsung tidak melibatkan pihak lain; ~ batin = ~ jenis = ~ kelamin = ~ seks persetubuhan; ~ nyawa kekasih, kesayangan, buah hati; ~ ras (Ant) hubungan sosial yg terjalin antara anggota masyarakat yg berlainan keturunan atau bangsa dlm sesebuah masyarakat atau negara; sehubungan berkaitan dgn, bersangkutan dgn; perhubungan 1. hubungan: seluruh hidup manusia terdiri drpd ~nya dgn keluarga, jiran dan tetangga; pegawai ~ pegawai perantaraan (utk menyelaraskan tugas bahagian-bahagian yg berlainan dlm ketenteraan, pejabat, dll); 2. alat lalu lintas (jalan raya, kereta api, surat-menyurat, pos, telegram, telefon, penerbangan, pelayaran, dll): ~ udara antara Malaysia dgn Indonesia dipulihkan sebaik-baik sahaja Perjanjian Bangkok ditandatangani; Kementerian P~ kementerian yg mengurus soal lalu lintas dll; 3. perihal berhubung(an) antara satu dgn yg lain (bkn negara dll): ~ diplomatik antara India dgn China semakin genting; perkara-perkara mengenai ~ dagang antara kedua-dua negara dibincangkan dgn sedalam-dalamnya; ~ awam amalan menjalinkan, menggalakkan atau memupuk semangat muhibah, kemesraan, imej yg baik dsb di kalangan orang ramai oleh atau terhadap sesebuah syarikat, firma, institusi dsb; ~ darah pertalian kekeluargaan; ~ perindustrian urusan perhubungan antara pihak majikan dgn para pekerja dlm industri, biasanya melibatkan aspek-aspek perundingan secara kolektif dsb; penghubungan perihal atau perbuatan menghubungkan; penghubung (alat, orang, dll) yg menghubung(kan); kata ~ kata yg digunakan utk menghubungkan dua kata atau dua ayat; tanda ~ garis utk menghubungkan kata atau suku kata; perwira ~ Id pegawai perhubungan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |