tersingkap | terbuka atau terangkat penutupnya; terselak: Langsir tingkap di biliknya ~ sedikit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tersingkap hati | ki suka (senang) hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersingkap | 1. terbuka, terselak: maka tirai pedati Sumirah pun ~; 2. ki terbongkar (rahsia dll); ~ hati ki suka (senang) hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terselak | tersingkap (kain, selubung, tudung, dll), terbuka, tersebak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tajalli | Ar 1. tersingkap atau terbuka hijab (bkn sufi, tasawuf); 2. jelas dan nyata (sesuatu yg ghaib), sudah terang, tidak tersembunyi; 3. kebenaran yg diperlihatkan Tuhan, wahyu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersimbah | tersingsing, terselak, tersingkap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersingit | 1. terselak sedikit (kain selimut dll), terbuka, tersingkap; 2. kelihatan sedikit (bulan dll), terserlah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
singkap | ; menyingkap 1 membuka sesuatu yg menutupi; menyelak: Dia ~ kelambunya. 2 menceritakan kembali apa-apa yg telah berlaku dsb; membuka rahsia dsb. tersingkap terbuka atau terangkat penutupnya; terselak: Langsir tingkap di biliknya ~ sedikit. penyingkapan perbuatan atau perihal menyingkap: ~ kisah lama membawa kenangannya kembali ke zaman kanak-kanak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
singit | Mn; menyingit 1. menyelak (membuka, menyingkap) sedikit; 2. tampak (kelihatan) sedikit; tersingit 1. terselak sedikit (kain selimut dll), terbuka, tersingkap; 2. kelihatan sedikit (bulan dll), terserlah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
simbah II | Mn; bersimbah ditarik ke atas supaya pendek (kain, lengan baju, dll), disiah(kan), disingsingkan: ada yg berlari sambil ~ kain; menyimbah, menyimbahkan 1. menyingsingkan (kain, baju, dll); 2. menyelak, menyingkap: ~ kelambu; tersimbah tersingsing, terselak, tersingkap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |