Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kekar I1. kembang, mekar (bunga); 2. ber­cerai-cerai, berserak-serak, berpecah-pecah (tidak berlonggok atau berkumpul); mengekar mekar, berkembang (bunga): bunga sedang ~; mengekarkan memecahkan atau mencerai­kan (supaya tidak terkumpul lagi), menye­lerakkan: nasi yg berketul-ketul itu dikekarkannya dgn garpu.Kamus Dewan Edisi Keempat
longgokhimpunan yg bertindih-tindih dan tidak teratur (bkn barang jualan dll); tompok: jual ~ jualan yg dibuat secara selonggok-selonggok (bukan satu-satu). berlonggok berhimpun secara longgok (bkn barang jualan dll). berlonggok-longgok bertimbun-timbun; bertompok-tompok. melonggokkan menghimpunkan supaya berlonggok; menimbunkan: Mereka ~ buah kelapa yg telah digugurkan itu di satu tempat. longgokan sesuatu yg dihimpunkan berlonggok.Kamus Pelajar Edisi Kedua
timbunkumpulan atau himpunan se­­suatu (spt pasir, kayu api) yg berlonggok; se~ pasir. bertimbun 1 bersusun ber­tindih-tindih (merupakan timbun); berlonggok: Kayu api ~ di bawah rumah. 2 ki banyak: Kerjanya yg ~ itu tidak mungkin dpt disiapkannya dlm masa seminggu. menimbun 1 menutup lubang dsb dgn tanah dll; menimbus: Lubang itu ditimbun dgn tanah. 2 menjadi spt timbun; membukit; banyak sekali: Kain baju yg kotor ~. 3 tambun atau gemuk (bkn badan): badan ~ badan gemuk. menimbuni menjadi sbg timbun pd: Tanah ~ lubang itu. menimbunkan meletakkan se­­suatu bersusun-susun hing­ga merupa­kan tompokan; melong­gokkan; menom­pokkan: Pekerja-pekerja itu ~ pasir di tepi jalan. tertimbun tertutup oleh tanah dll; terkambus; tertimbus. timbunan 1 sesuatu yg ditimbunkan; longgokan; tompokan. 2 tempat menimbunkan sesuatu. penimbunan perbuatan (hal dsb) menimbun atau menimbunkan. pe­nimbun 1 pasir, tanah dll yg di­tim­bunkan atau utk ditimbunkan. 2 orang yg menimbun lubang dsb atau menimbunkan sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
endap; endap-endap, endapan sesuatu yg bercampur dgn air dll dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar; endapan darah kentalan darah (setelah darah dan airnya tidak bercampur lagi);mengendap turun ke bawah dan berlonggok di dasar, mendak; mengendapkan membiarkan supaya mengendap (mendak); mendap, enap I.Kamus Dewan Edisi Keempat
bertimbun1 bersusun ber­tindih-tindih (merupakan timbun); berlonggok: Kayu api ~ di bawah rumah. 2 ki banyak: Kerjanya yg ~ itu tidak mungkin dpt disiapkannya dlm masa seminggu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
endapansesuatu yg bercampur dgn air dll dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar; endapan darah kentalan darah (setelah darah dan airnya tidak bercampur lagi);Kamus Dewan Edisi Keempat
bertimbun1. = bertimbun-timbun bersusun bertindih-tindih (menjadi timbun), berlonggok-longgok (bertompok-tompok), beberapa timbun: ~ sabut di bawah rumah­nya; 2. ki banyak: bukunya yg bertimbun-timbun itu tidak akan habis dapat dibaca­nya; 3. = tertimbun tertimbus, terkam­bus; mati ~ tanah mati tertimbus tanah; 4. sl ber­kumpul (rakyat), berhimpun (beramai-ramai): maka ~lah Pancagah dgn segala kakanda dan segala anak hulubalang dan segala muda belia;Kamus Dewan Edisi Keempat
endap-endapsesuatu yg bercampur dgn air dll dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar; endapan darah kentalan darah (setelah darah dan airnya tidak bercampur lagi);Kamus Dewan Edisi Keempat
onggoklonggok, timbun, tompok: se~ jerami; se~ jering; beronggok-onggok berlonggok-longgok, ber­­timbun-timbun, bertompok-tompok: ia mengerat kayu api ~ banyaknya; kanak-kanak mulai ~, berbisik-bisik sesama sendiri; mengonggokkan melonggokkan, menim­bunkan, menompokkan: bermacam-macam jenis buah-buahan, ulam, dll dionggokkan di atas meja di pasar itu; rezeki itu tidak akan dionggokkan di hadapan kita tanpa bekerja;Kamus Dewan Edisi Keempat
timbunhimpunan sesuatu yg bertindih-tindih, longgok, tompok(an): lalat menghurung ~ sampah di tepi parit; se~ batu kerikil; bertimbun 1. = bertimbun-timbun ber-susun bertindih-tindih (menjadi timbun), berlonggok-longgok (bertompok-tompok), beberapa timbun: ~ sabut di bawah rumah­nya; 2. ki banyak: bukunya yg bertimbun-timbun itu tidak akan habis dapat dibaca­nya; 3. = tertimbun tertimbus, terkam­bus; mati ~ tanah mati tertimbus tanah; 4. sl ber­kumpul (rakyat), berhimpun (beramai-ramai): maka ~lah Pancagah dgn segala kakanda dan segala anak hulubalang dan segala muda belia; bertimbunan bertimbun(-timbun): seber­mula bangkai ~ spt gunung, darah spt laut; menimbuni 1. menimbus (lubang dll), me-nam­bak, melonggokkan (tanah), mena­nam (mayat dll): mereka menggali lubang dan ~ lubang utk menyudahkan rancangan kerja raya; 2. menjadi bertimbun (banyak), membukitkan, melimpah-limpah: ketaman padi telah dilonggokkan ~ macam busut di atas sebidang tikar; aku makin merasa cintaku ~ dan memuncak; 3. gemuk (bkn daging), tambun; tertimbun ditimbun(i), tertimbus (ter­tanam); ~ dikais, terbenam diselam prb a) perihal menyelidiki sesuatu perkara yg ter­sem­bunyi; b) menolong seseorang yg dlm kesusahan; menimbunkan 1. menyusun bertindih-tindih (berlapis-lapis) hingga merupakan timbunan, melonggokkan, menompokkan: ~ guni berisi pasir hingga merupakan ben­teng; 2. me-ngumpulkan banyak-banyak (atau berdikit-dikit hingga menjadi banyak), menyimpan banyak-banyak: ~ keuntungan; janganlah suka menimbunkan kerja pd hari esoknya; timbunan 1. tompokan, longgokan: ~ sampah sarap; 2. barang-barang yg ditimbun­kan; 3. tempat menimbun; 4. ki jumlah atau him-punan kerja dsb yg perlu diuruskan yg sudah terlalu banyak; penimbunan 1. perihal menimbunkan, pengum-pulan (penghimpunan) barang-barang dll: banyak sungai telah menjadi jangkat akibat ~ pasir dan lumpur yg dibawa air dr hilir sungai; 2. tempat utk menimbun; penimbun 1. orang (atau alat) yg menim­bunkan (melonggokkan) barang; 2. (tanah, pasir, dll) utk menimbun: ditimpa tanah ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas