mengeruh | menjadi keruh (tidak jernih, tidak cerah, tidak menyenangkan, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengeruhkan | menjadikan atau menyebabkan keruh (tidak jernih, tidak cerah, tidak menyenangkan, dll): gas karbon dioksida boleh ~ air kapur; pertelingkahan mengenai calon pilihan raya ini akan ~ suasana dlm parti; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
warna tua | warna yg tidak cerah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merah tua | warna yg tidak cerah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
biru tua | warna yg tidak cerah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekusaman | keadaan (rupa dsb) yg tidak cerah (berseri-seri dsb), kepudaran, kesuraman: cat yg dulu bercahaya kini penuh ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buram II | 1. muram, suram, kabur, kabut (kaca); 2. tidak jernih, tidak cerah (mata). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keruh I | 1. tidak jernih (kerana mengandungi kotoran spt keladak, lumpur, dll), agak kotor (bkn air): lumpur dr lombong bijih itu menjadikan air sungai itu ~; 2. tidak menyenangkan atau menggembirakan (bkn kejadian, peristiwa, suasana, dsb), tidak cerah (bkn keadaan cuaca dll), agak muram (bkn air muka), agak kacau (kusut) atau tidak keruan (bkn perasaan dsb), tidak sopan atau tertib (bkn kata-kata dsb): Bidin terkenangkan peristiwa-peristiwa ~ yg telah berlaku pd dirinya; cuaca cerah dan udara tenang telah berubah menjadi ~ dan malap; air muka yg ~ dan sedih; bahasanya ~ bahasanya tidak sopan (tertib); jejaknya ~ Mn asal keturunannya atau perbuatannya yg sudah-sudah kurang baik; ~-~ kerak keruh sedikit (bkn air); buang yg ~ ambil yg jernih prb lupakan perkara atau peristiwa yg tidak baik dan ambil (ingatkan) yg baik-baik sahaja; mengeruh menjadi keruh (tidak jernih, tidak cerah, tidak menyenangkan, dll); mengeruhkan menjadikan atau menyebabkan keruh (tidak jernih, tidak cerah, tidak menyenangkan, dll): gas karbon dioksida boleh ~ air kapur; pertelingkahan mengenai calon pilihan raya ini akan ~ suasana dlm parti; kekeruhan keadaan atau sifat keruh, keadaan tidak jernih (tidak menyenangkan dll): ada sesuatu ~ dlm suasana rumah tangga Zarina; ~ air itu disebabkan oleh kotoran yg terkandung di dlmnya; ~ air mukanya menunjukkan ada sesuatu yg kurang baik telah berlaku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggelapkan | 1. menjadikan gelap, menjadikan tidak diterangi cahaya (dgn mematikan lampu dll): jangan digelapkan bilik ini kerana saya hendak membaca lagi; 2. menyebabkan tidak cerah (masa depan seseorang dll), menyulitkan, menyusahkan: kata-kata itu benar-benar ~ masa depan keluarganya; 3. menghilangkan atau mencuri (barang yg diamanahkan orang dll): ia telah ~ wang kesatuan; 4. menyembunyikan, menghalangi (tersebarnya berita dll): pihak penjajah telah ~ pengiriman berita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencerahkan | 1. menjadikan cerah (tidak gelap, terang), menerangkan: cahaya lilin mencerahkan ruang yang kecil itu; 2. menjadikan cerah (jernih), menjernihkan: mencerahkan kaca; 3. menjadikan cerah (tidak hitam): mencerahkan kulit; 4. menjadikan cerah (berseri, tidak muram), menyerikan: berita itu mencerahkan wajahnya yang tadinya agak muram; 5. menjadikan cerah (baik, elok, dan sebagainya), membahagiakan (kehidupan dan sebagainya): mencerahkan kehidupannya sekeluarga; pelaburan ini akan mencerahkan pertumbuhan ekonomi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |