Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Ayam putih berkokok lalu,
     Daun serbat di dalam padi;
Adik putih alang gemalu,
     Tidak galak di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
galakmempunyai tabiat suka melawan serta menyerang (bkn binatang); buas dan ganas; garang: ~ benar anjing engkau ini. menggalak menjadi galak atau suka berlawan; menjadi garang: Anjing itu ~ apabila melihat orang yg tidak dikenali menghampiri rumah tuannya. menggalakkan 1 menjadikan galak; membangkitkan kemarahan: ~ ayam sabungan berlaga. 2 memberi semangat atau dorongan supaya terus maju dll: Ibunya ~ dia melanjutkan pelajarannya hingga ke universiti. galakan semangat atau dorongan yg diberikan supaya terus maju dll; sokongan dr segi moral: Salah satu sebabnya anak-anak bangsa kita lemah dlm pelajaran adalah kurang mendapat ~ drpd ibu bapa mereka. penggalak 1 orang yg menggalakkan (memberi semangat atau dorongan); pendorong: Kakaknyalah yg menjadi ~ baginya utk mencapai cita-citanya. 2 bahan kimia, ubat dll yg dpt meninggikan hasil, mempercepat percambahan dll: Mereka menggunakan bahan ~ utk menambah pengeluaran susu getah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
galakmempunyai tabiat suka melawan serta menyerang (bkn binatang); buas dan ganas; garang: ~ benar anjing engkau ini. menggalak menjadi galak atau suka berlawan; menjadi garang:Anjing itu ~ apabila melihat orang yg tidak dikenali menghampiri rumah tuannya. menggalakkan 1. menjadikan galak; membangkitkan kemarahan: ~ ayam sabungan berlaga. 2. memberi semangat atau dorongan supaya terus maju dll: Ibunya ~ dia melanjutkan pelajarannya hingga ke universiti. galakan semangat atau dorongan yg diberikan supaya terus maju dll; sokongan dr segi moral: Salah satu sebabnya anak-anak bangsa kita lemah dlm pelajaran ialah kurang mendapat ~ drpd ibu bapa mereka. penggalak 1. orang yg menggalakkan (memberi semangat atau dorongan); pendorong: Kakaknyalah yg menjadi ~ baginya utk mencapai cita-citanya. 2. bahan kimia, ubat dll yg dpt meninggikan hasil, mempercepat percambahan dll: Mereka menggunakan bahan ~ utk menambah pengeluaran susu getah.Kamus Pelajar
jinak1. tidak liar (buas, garang, galak, dll): binatang yg ~; 2. bp tidak takut-takut (malu-malu, segan-segan, dll), ramah: perempuan yg ~; 3. Id tidak bersemangat, tidak revo­lusioner; ~-~ lalat seseorang yg bercampur dgn orang lain tetapi tidak begitu rapat atau mesra; ~-~ merpati perempuan yg ke­lihatannya ramah dan mudah didapat, tetapi apabila didekati menjauhkan diri; berjinak-jinak 1. = berjinak-jinakan be­ramah-tamah, bergaul dgn ramah; 2. ki mengadakan hubungan (pertalian dsb) dgn, bermesra: lambat laun mereka akan mula ~ dgn kedai-kedai lain; semakin hari semakin ramai orang ~ dgn puisi dan madah; menjinaki menegur dgn ramah-tamah, be­ramah-ramah dgn; menjinakkan, memperjinak 1. membuat (melatih dll) supaya jinak: sejak zaman purbakala manusia sudah pandai ~ bina­tang; 2. berusaha supaya menjadi ramah: mereka nampaknya berebut-rebut ~ diri mereka; kejinakan perihal (sifat atau keadaan) jinak: kami leka dgn ~ burung-burung itu; penjinakan perbuatan (usaha dsb) men­jinakkan (binatang): mengikut kajian sejarah, ~ binatang yg ada sekarang ini ke­banyak­annya berlaku di benua Asia dan Eropah; penjinak orang yg menjinakkan binatang.Kamus Dewan Edisi Keempat
memperisterikanmemberi isteri, mengahwinkan (anak laki-laki): bila anaknya telah galak lalu diperisterikanlah dgn tidak usul lagi.Kamus Dewan Edisi Keempat
kasi IIsudah dihilangkan alat jantannya; tidak ada sifat jantannya lagi; kembiri: Tuan laksana lembu ~, galak saja melawan tidak. mengasi menghilangkan alat jantannya; mengembiri.Kamus Pelajar Edisi Kedua
merenyam-renyam1. berasa gatal, miang: badannya berasa merenyam apabila tersentuh ulat bulu; 2. bk galak, gatal (perempuan): tidak boleh nampak lelaki, nak ditegurnya, ~ sangat!Kamus Dewan Edisi Keempat
kasi IIsudah dihilangkan alat jantannya; tidak ada sifat jantannya lagi; kembiri:Tuan laksana lembu ~, galak saja melawan tidak. mengasi menghilangkan alat jantannya; mengembiri.Kamus Pelajar
galak I1. berangsang, ganas, garang, suka melawan: anjing yg ~; 2. kuat dan memuncak (bkn tangisan): ngongoi Mak Esah semakin ~ jadinya: 3. tidak berhenti dan giat (melakukan sesuatu), sangat giat (aktif): kameranya ~ merakam; kegiatan kongsi gelap tidak se~ dulu; 4. Kl gembira, ria; 5. Kd, Pn mempunyai sifat-sifat tidak bermalu (bkn lelaki suka mengusik perempuan dsb, bkn perempuan suka bergaul bebas dgn lelaki dsb), gatal;menggalak menjadi galak (berangsang, ganas, dll), menjadi sangat marah (berani dsb); menggalakkan 1. membangkitkan marah: ~ ayam sabungan; 2. memberi semangat, memberi dorongan: tunangannya ~ dia melanjutkan pelajarannya;galakan dorongan, desakan: ia memberi ~ kpd belia supaya menjadi ahli sukan;penggalakan perihal atau perbuatan menggalakkan: mereka membincangkan ~ industri kecil;penggalak orang yg menggalakkan (memberi semangat, mendorong): raja-raja menjadi penaung, ~ dan peminat bahasa dan kesusasteraan; ~ akar bahan kimia utk membanyakkan akar.Kamus Dewan Edisi Keempat
merenyam, merenyam-renyam 1. berasa gatal, miang: badannya berasa merenyam apabila tersentuh ulat bulu; 2. bk galak, gatal (perempuan): tidak boleh nampak lelaki, nak ditegurnya, ~ sangat!Kamus Dewan Edisi Keempat
renyam I; merenyam, merenyam-renyam 1. berasa gatal, miang: badannya berasa merenyam apabila tersentuh ulat bulu; 2. bk galak, gatal (perempuan): tidak boleh nampak lelaki, nak ditegurnya, ~ sangat! merenyamkan menyebabkan berasa me­renyam.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas