Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mujmalAr tidak terperinci (secara umum).Kamus Dewan Edisi Keempat
kiraan kasarhitungan kasar (tidak terperinci);Kamus Dewan Edisi Keempat
menggariskasarkanmenerangkan sesuatu dgn tidak terperinci: perniagaan kecil boleh digariskasarkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
garis kasar1. garis yg dilukis secara kasar; 2. rangka, catatan ringkas, maklumat-maklumat utama (yg dikemukakan tidak secara terperinci); menggariskasarkan menerangkan sesuatu dgn tidak terperinci: perniagaan kecil boleh digariskasarkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
menggariskan1. membuat garis pd (sesuatu), menandakan (sesuatu) dgn garis: ~ perkataan-perkataan yg dieja salah; 2. menyatakan aspek-aspek atau ciri-ciri utama sesuatu (biasanya secara am atau tidak terperinci): Rancangan Malaysia Kelima ~ beberapa dasar, strategi, dan program utama;Kamus Dewan Edisi Keempat
kiraanhasil mengira, hitung­an, perhitungan: segala ukuran dibuat mengikut ~ inci; barang-barang yg tersimpan di dalamnya menurut ~ saya lebih banyak drpd yg terdapat di Muzium Negara; ~ kasar hitungan kasar (tidak terperinci);Kamus Dewan Edisi Keempat
kira-kiraanhasil mengira, hitung­an, perhitungan: segala ukuran dibuat mengikut ~ inci; barang-barang yg tersimpan di dalamnya menurut ~ saya lebih banyak drpd yg terdapat di Muzium Negara; ~ kasar hitungan kasar (tidak terperinci);Kamus Dewan Edisi Keempat
rangka I1. tulang-tulangan (tubuh, rumah, dll), kerangka: ~ basikal; badannya kurus kering, tinggal ~; ~ rumah sudah berdiri; 2. buram, bagan, rancangan (yg menyeluruh dan tidak terperinci): guru hendaklah meng­gunakan berbagai-bagai kaedah utk men­dapat kejayaan, oleh yg demikian ~ yg diberikan ini hanyalah panduan sahaja; 30 orang intelek Melayu dr seluruh Malaysia akan membuat satu pertemuan awal dgn beliau dlm ~ sokongan intelek-intelek; ~ lawatan rancangan menyeluruh lawatan atau kunjungan; ~ pembangunan rang (ren-cana) pembangunan; berangka mempunyai rangka, ada bentuk­nya (bangunnya dll): binatang yg tidak ~; syair yg ~ tetap; merangka membuat atau mengatur rangka (rancangan, rencana, dll) utk sesuatu: malam itu abang ~ jadual utk esok; baginda akan membaca titah diraja yg ~ dasar kerajaan; dia ~ program yg akan diisinya kelak; merangka-rangka mengatur-atur, mereka-reka: ia ~ bahan yg akan dipercakapkan nanti; perangkaan ilmu yg membicarakan cara-cara membuat kesimpulan drpd data, meng­analisis data dan mentafsir data, statistik; perangka orang yg merangka (program, ran­cangan dsb), perancang: para ~ dan penyelia program ini terdiri drpd pegawai di Kemen­terian Pendidikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kasar1. tidak kecil atau tidak halus, agak besar: benang ~; bulu ~; pasir ~; garam ~; 2. tidak licin, kasap, kesat: kertas pasir ini kurang ~; muka Satejo sangat ~ nampaknya; 3. tidak kemas (halus) buatannya dsb: perabot yg tahan lama tetapi ~ buatannya; jahitannya ~; 4. tidak tertib (sopan santun, beradab), tidak lemah lembut: segala percakapan dan kelakuannya terlalu ~; menjawab dgn suara yg ~ menjawab dgn suara yg menengking; bermain ~ berlaku kasar (tidak menurut ke­tertiban dan peraturan); 5. tidak terperinci, belum mengambil kira atau memperhitungkan butir-butir tertentu, secara umum atau pd garis besarnya sahaja: perbelanjaan itu dikira secara ~ saja; jualan ~; untung ~; 6. yg ber­wujud, jasmani: badan (tubuh) ~ badan (tubuh) yg jasmani (bukan batin); 7. keras dan rendah (suara dll), besar: suara ~; 8. berat (bkn kerja dll); buruh ~ buruh yg membuat kerja berat; kerja ~ kerja berat (kerja yg di­lakukan dgn kekuatan tubuh badan seseorang); ~ tangan a) kasar barang kerjanya; b) suka memukul; berkasar berbuat (bercakap dll) dgn kasar: tidak pernah Tasimah ~ dgn suaminya; mengasari berbuat sesuatu dgn kasar pd, mengerasi: dia cuba membantah, akibatnya dia telah dikasari oleh penjual itu; mengasarkan menjadikan kasar; memperkasar menjadikan lebih kasar; kekasaran perihal kasar: rasai olehmu Kahar, balasan ~ tingkahmu.Kamus Dewan Edisi Keempat
kasar1 tidak halus; agak tebal (ttg benda yg berbiji-biji, spt pasir, atau yg berurai-urai, spt benang): benang ~; pasir ~. 2 tidak licin; kesat (apabila diraba): Kertas pasir ini kurang ~. 3 tidak kemas buatannya (bkn perkakas spt kerusi dan meja); tidak halus: Kerusi itu ~ buatannya. 4 tidak lembut; tidak sopan; biadab (bkn kelakuan dll): Tingkah lakunya ~ benar. 5 keras dan rendah bunyinya (suara dll): Suaranya ~. 6 tidak terperinci; secara umum saja: ujian ~; garis ~. berkasar berlaku (bercakap dll) dgn kasar: Dia tidak pernah ~ terhadap ibu bapanya. mengasari berlaku kasar terhadap. mengasarkan menjadikan kasar. memperkasar menjadikan lebih kasar. kekasaran keadaan kasar; sifat kasar: Dia meminta maaf kerana ~nya itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123

Kembali ke atas