sutera | 1. sj benang yg lembut dan halus yg didapati drpd sj ulat; ulat ~ sj ulat rama-rama Bombyx mori yg mengeluarkan benang sutera; 2. kain atau cita yg dibuat drpd benang sutera; ~ kembang sutera yg bersulam; ~ buatan = ~ tiruan sutera yg dibuat secara kimia; jual ~, beli mastuli prb kehilangan yg berharga, mendapat yg lebih baik (lebih berharga); spt ~ dlm lukisan prb sesuatu yg sudah bagus beroleh darjat atau tempat yg bagus pula. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelarah I | 1. ulat dlm buah (yg menyebabkan buah busuk); 2. Kl luarnya elok tetapi dalamnya rosak (keledek, ubi kentang, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ulat I | 1. sj binatang kecil yg umumnya lembut dan banyak kakinya (akan menjelma menjadi kepompong dan seterusnya kupu-kupu); 2. segala macam anak serangga yg masih lembut badannya (spt berenga, lundi, dll); macam ~ ki terlalu banyak (bkn orang yg berhimpun di sesuatu tempat dsb); 3. (Komp) sj atur cara yg memadamkan data drpd ingatan komputer secara perlahan-lahan; ~ bulu a) ulat yg berbulu badannya; b) orang (lelaki) yg gatal; ~ bulu laut sj ulat yg diguna-kan utk racun, Chloeria flava; ~ daun sj ulat yg memakan daun-daunan; ~ gading = ~ layar sj ulat yg merosakkan batang padi; ~ kecar lotong sj ulat, Atopos maximus; ~ ratus sj ulat yg memakan daun dan batang padi, Spodoptera spp.; ~ sutera sj ulat yg mengeluar-kan benang utk dijadikan sutera, Bombyx mori; bagai ~ nangka terhempas ke batu prb orang yg jahat itu tidak berasa serik oleh kesusahan drpd kejahatannya; bagai melihat ~ prb sangat benci (meluat) melihat sesuatu; korek lubang ~ prb sengaja mencari perselisihan; menggeletik-geletik bagai ~ nangka = menggeletik-geletik bagai ~ cempedak = terloncat-loncat bagai ~ pinang prb a) orang yg gelisah; b) perangai yg tidak tetap dan tidak sungguh ketika duduk (berjalan); c) anak gadis yg lincah perangainya; berulat ada ulat(nya), buruk (rosak) kerana dimakan ulat: buah yg manis itu acapkali ~; ~ mata melihat prb sangat benci atau meluat melihat sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lenting I | ; melenting 1. membingkas balik (rotan dll), menganjal; 2. bergerak (melompat dll) dgn cepat dan pantas: perempuan itu tiba-tiba ~ dgn muka macam bunga raya; 3. melentur atau bergelung (spt daun kering, keropok digoreng, dll); 4. ki naik marah dgn segera (apabila disoal, dikritik, dsb): Hasan ~ apabila ditegur oleh kawan-kawannya; melenting-lenting bergerak (melompat, meloncat dsb) dgn cepat berulang kali: ulat-ulat itu masih hidup dan ~ di dlm tong sampah; melentingkan menyebabkan melenting: kelemahan utama gaya ini ialah kecenderungan atlet utk ~ badan mereka terlalu awal; ~ batu kerikil dan lumpur ke belakang; lentingan gerakan atau hasil melenting, lonjakan: tiba-tiba sahaja bagai ~ sang api, dia menuruni anak-anak tangga rumah itu; pelenting; kekuatan ~ Id kekuatan menganjal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bedan | 1. bengkak-bengkak merah pd kulit (bekas kena pukul atau kena garu); 2. bintat-bintat merah pd kulit kerana terkena ulat bulu; berbedan, berbedan-bedan ada bedan: badannya ~ apabila terkena ulat bulu yg berbisa itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjalar | 1 berjalan merayap-rayap: Ulat itu ~ di atas bajunya. 2 tumbuh melata: Ada tumbuh-tumbuhan yg ~. 3 merebak atau berjangkit (bkn api, penyakit, pengaruh dll); menular: Api telah ~ ke kedai sebelah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jalar | ; berjalaran 1 merayap-rayap ke sana ke mari (bkn ular, lipan, cacing dll): Saya sangat takut melihat ular yg ~ di Zoo Negara itu. 2 memanjang di atas tanah (bkn tumbuh-tumbuhan spt keledek, kangkung); melata: Pokok keledek saya hidup ~ di atas tanah. menjalar 1 berjalan merayap-rayap: Ulat itu ~ di atas bajunya. 2 tumbuh melata: Ada tumbuh-tumbuhan yg ~. 3 merebak atau berjangkit (bkn api, penyakit, pengaruh dll); menular: Api telah ~ ke kedai sebelah. menjalari 1 menjalar pd (bkn binatang atau tumbuh-tumbuhan): Pokok kacang itu ~ pagar rumahnya. 2 menjalar di (serata tempat); merebak; menulari (bkn api, penyakit dsb): Api telah ~ rumah-rumah yg berdekatan. menjalarkan 1 membuat (membiarkan) supaya menjalar: Ali ~ ulat itu di atas sehelai daun. 2 merebakkan; meluaskan: Ada pihak yg mencuba ~ pengaruhnya di kampung-kampung. penjalaran perbuatan (hal dsb) menjalar atau menjalarkan (pengaruh, tumbuh-tumbuhan dsb): ~ kebudayaan asing dlm masyarakat kita mestilah dicegah. penjalar ist tumbuh-tumbuhan yg tumbuh secara menjalar di atas permukaan tanah atau memanjat benda yg tinggi dgn menggunakan akar udara, mis pokok labu dan tembikai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menjalar | 1. bergerak perlahan(-lahan), merayap: ulat itu ~ ke arahnya; 2. (tumbuh) melata (bkn tumbuh-tumbuhan spt pokok labu, kacang panjang, dll): tumbuh-tumbuhan yg ~; 3. merebak (api dll); 4. merebak, menular (bkn penyakit dll): wabak taun telah ~ ke daerah selatan pulau itu; 5. meluas, berkembang merebak (meluas): gerakan antikerajaan oleh kaum Buddha telah ~ di Vietnam Selatan; perkembangan ini kemudiannya ~ ke luar Eropah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggeletik | 1. bergerak liat-liut (spt ulat), menggelepar, meronta-ronta; 2. berbunyi spt bunyi jam (tik, tik, tik) dll; 3. berdebar-debar (jantung), bergerak (hati): hatinya ~ mendengar khabar itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjalarkan | 1 membuat (membiarkan) supaya menjalar: Ali ~ ulat itu di atas sehelai daun. 2 merebakkan; meluaskan: Ada pihak yg mencuba ~ pengaruhnya di kampung-kampung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |