unjuran | 1 anggaran atau jangkaan ttg sesuatu (hasil pengeluaran, pelaksanaan tugas dsb) pd masa depan, biasanya berdasarkan data atau maklumat semasa: Pihak pengurusan membuat ~ keuntungan yg lebih berbanding dgn keuntungan pd tahun lalu. 2 lakaran bentuk sesuatu objek dll spt yg dpt dilihat dr arah tertentu. 3 sesuatu yg mengunjur ke luar dr sesuatu permukaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
unjuran | tumpuan kaki di tempat tidur; bahagian di sebelah kaki orang yg tidur atau yg dikuburkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
unjuran garis finiti | garis putus-putus yg dibuat utk menunjukkan berbagai-bagai pandangan terhadap sesuatu objek (spt tinggi, panjang dan dalamnya). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
unjuran | 1. bahagian sebelah kaki orang yg sedang berbaring, bahagian tempat kaki meng-unjur (pd petiduran), tumpuan kaki: anaknya yg tua sedang bermain-main kelereng di ~ ibunya; 2. anggaran atau jangkaan tentang sesuatu situasi, arah aliran dsb masa depan, terutamanya berdasarkan data, maklumat dsb yg berlaku sekarang, projeksi: ~ ini dibuat berdasarkan pertumbuhan penduduk sebanyak 2% setahun; pakar dan penganalisis ekonomi menyifatkan ~ positif satu peratus KDNK bagi tahun ini adalah realistik dan boleh diterima baik oleh pasaran; 3. sesuatu yg mengunjur ke luar dr sesuatu permukaan: di kepalanya terdapat ~ yg kelihatan spt dua mata kapak; dibiarkan ~ kayu atau buluh yg sama panjang di kedua-dua hujung rumah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
unjuran | tumpuan kaki di tempat tidur; bahagian di sebelah kaki orang yg tidur atau yg dikuburkan. | Kamus Pelajar |
uvula | ist unjuran kecil berdaging yg tergantung di bahagian lelangit tekak; anak tekak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
papila | ist unjuran kecil yg berbentuk spt puting (terdapat pd bahagian atas lidah dan pd akar rambut). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
garis finiti | , = unjuran ~ finiti garis putus-putus yg dibuat utk menunjukkan berbagai-bagai pandangan terhadap sesuatu objek (spt tinggi, panjang dan dalamnya). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengunjurkan | membuat unjuran dr arah tertentu. | Kamus Pelajar |
serif | (sérif) (Cetak) unjuran kecil yg menjulur dr hujung coret sesuatu huruf (rupa taip) sama ada di bawah atau di atas: huruf tanpa ~; berserif mempunyai serif (bkn huruf): huruf ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |