murni | tidak mengandungi unsur-unsur asing (biasanya unsur-unsur yg mencemarkan), bersih benar, suci, tulen: aku bekerja kuat dan rajin dgn mendapat semangat dan perang-sang drpd cita-cita yg ~ dlm hatiku; ke-manakan dia telah mengirim bingkisan per-mata ~; memurnikan membersihkan benar-benar, menyucikan: agama itu benar-benar diper-gunakan utk ~ rohani manusia; kemurnian perihal murni, kesucian, keaslian, ketulenan: ada baiknya kalau diadakan aturan dan perubahan yg sesuai agar ~ agama Islam tidak tercabul; mereka mahu mengekalkan ~ bahasa Melayu; pemurnian perihal atau perbuatan memurnikan: ada baiknya masalah ~ bahasa men-jadi pokok perhatian dlm seminar ini; pemurni orang yg sangat mementingkan ketelitian dan ketepatan, terutamanya dlm cara hidup, adat istiadat, penggunaan bahasa yg betul dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kosmopolitan | 1. terdiri drpd orang atau unsur-unsur dr seluruh dunia, bersifat sejagat (tidak terbatas kpd unsur-unsur setempat): sekarang dia tercampak ke kota ~ yg bergelut dgn berbagai-bagai ragam; berdasarkan faktor-faktor inilah beliau telah membuat kesimpulan bahawa kebudayaan ~ akan lebih menonjol dan kebudayaan yg bercorak kesukuan akan berkurangan; 2. bebas drpd prasangka kebangsaan, bersifat sejagat: dia merupakan seorang penulis ~ yg menggunakan tema universal; kekosmopolitanan segala hal yg berkaitan dgn sifat, fungsi, dll kosmopolitan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akulturasi | penyerapan unsur-unsur kebudayaan drpd suatu budaya kpd budaya lain: selagi satu kebudayaan bertembung dgn satu kebudayaan yg lain, selagi itulah proses ~ dan asimilasi akan berlaku; mengakulturasi menyerapkan unsur-unsur kebudayaan drpd sesuatu budaya kpd budaya lain: TV berperanan ~ penonton-penontonnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sama unsur | (unsur-unsur yg) sama sifat kimia nya tetapi berlainan berat atomnya, isotop; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
unsur surih | unsur(-unsur) kimia yg amat kecil jumlahnya dlm organisma dll dan penting utk proses biokimia dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemajmukan | perihal (proses atau perbuatan) memajmukkan, penghasilan atau penciptaan sesuatu dgn memadukan dua atau beberapa bahagian atau unsur, penggabungan unsur-unsur dsb menjadi satu kesatuan: peng-gabungan perkataan yg membawa satu makna yg tertentu disebut ~ dan hasilnya disebut kata majmuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
oksida | ist sebatian oksigen dgn unsur-unsur lain: kalsium ~; natrium ~. mengoksidakan menyebatikan sesuatu unsur dgn oksigen. pengoksidaan perbuatan atau proses mengoksidakan sesuatu. | Kamus Pelajar |
pancabuta | unsur-unsur yg lima (bumi, air, api, udara, dan eter). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedongengan | unsur-unsur yg berkaitan dgn kisah khayalan: kadar ~ lebih tinggi dlm filem tersebut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
titik persamaan | unsur(-unsur) yg menunjukkan kesamaan beberapa perkara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |