polemik | (polémik) perbahasan (perdebatan, perbantahan) dgn rencana atau tulisan dlm surat khabar (majalah dll): wujudkan ~ yg sihat mengenai keilmuan ataupun isu semasa; berpolemik berbahas atau berbantah dlm surat khabar (majalah dll): memupuk semangat ~ di kalangan cerdik pandai; mempolemikkan membahaskan sesuatu pendapat (isu) dsb dlm bentuk polemik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berautonomi | mempunyai autonomi, mempunyai hak atau kuasa sendiri: sebuah institusi penyelidikan yg ~ dan bebas mengenai per-paduan kaum hendaklah ditubuhkan; jelas bahawa rancangan Amerika adalah utk me-wujudkan sebuah wilayah Palestin ~ dan bukannya sebuah negara Palestin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjalin | 1. menganyam (mengepang) rambut dll: ~ rambut; 2. menjadikan bertalian atau berkaitan, merangkaikan: kaedah penyusunan ayat-ayat utk ~ pemikiran; 3. menyusun (mengarang) cerita dll: ~ cerita; 4. mewujudkan, menjadikan ada: ~ persahabatan; 5. mengeratkan: ~ silaturahim; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
autonomi | pemerintahan (pentadbiran, pengurusan) sendiri, hak mengurus pemerintahan (pentadbiran dsb) sendiri (tanpa penguasaan atau pengendalian oleh pihak lain); berautonomi mempunyai autonomi, mempunyai hak atau kuasa sendiri: sebuah institusi penyelidikan yg ~ dan bebas mengenai per-paduan kaum hendaklah ditubuhkan; jelas bahawa rancangan Amerika adalah utk me-wujudkan sebuah wilayah Palestin ~ dan bukannya sebuah negara Palestin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendukung | 1. orang yg mendukung seseorang (di pinggang, di belakang, dsb); 2. orang yg mendukung (menggendong), penggendong, pembawa; 3. sesuatu yg digunakan utk mendukung (menggendong), penggendong, pembawa: Bujang Selamat pun menghadap Uli Emak si Anjing memohonkan kain ~ tepak; 4. orang (persatuan dsb) yg mendukung (sesuatu cita-cita dsb), sesuatu yg menyokong (menjadi sumber kekukuhan dsb): persatuan-persatuan belia merupakan ~ cita-cita kerajaan utk mewujudkan satu generasi muda yg berdedikasi dan berhemah tinggi; 5. orang yg mendukung (memperjuangkan) sesuatu fahaman: ~ faham liberal mendapat sambutan yg kuat drpd rakyat yg cinta kebebasan; 6. sesuatu yg mendukung (akan menyampaikan), penyampai, pengemuka: susunan kata dan gaya kalimat mempunyai tugas sbg ~ rasa pencipta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jalin | 1. anyam, kepang; rambut ~ rambut yg berkepang; tikar ~ tikar rotan (tersusun); 2. rangkai; berjalin 1. beranyam, berkepang: bakul yg ~; 2. berangkai (benda panjang spt buluh, rotan, bilah, dll): bidai itu dibuat drpd bilah kayu ~; 3. = berjalinkan = ~ dgn terselip dgn: novel yg ~ sejarah; berjalin-jalin = berjalinan 1. beranyam-anyam, berkepang-kepang; 2. berangkai-rangkai, berkait-kait, bersambung-sambung; menjalin 1. menganyam (mengepang) rambut dll: ~ rambut; 2. menjadikan bertalian atau berkaitan, merangkaikan: kaedah penyusunan ayat-ayat utk ~ pemikiran; 3. menyusun (mengarang) cerita dll: ~ cerita; 4. mewujudkan, menjadikan ada: ~ persahabatan; 5. mengeratkan: ~ silaturahim; menjalinkan 1. merangkaikan: ~ bilah-bilah buluh itu; 2. menyelipkan, memasukkan: dia hendak ~ pengalamannya di dlm novelnya; 3. mewujudkan: ~ perhubungan; 4. mengeratkan; memperjalinkan menjadikan berjalin atau berangkai; terjalin 1. teranyam, terkepang; 2. terangkai; 3. terselip; 4. telah wujud, ada (persahabatan dll): kerjasama antara Amerika dan Kanada telah lama ~; jalinan sesuatu yg dijalin (terjalin); keterjalinan perihal (keadaan) terjalin: ~ antara unsur-unsur karya; penjalinan perbuatan menjalin (menjalinkan); penjalin 1. tali dll yg digunakan utk menjalin sesuatu: ayah sibuk meraut rotan ~ lukahnya; 2. Jw rotan; 3. orang yg menjalin sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dukung I | ; kain ~ kain penggendong atau pengambin (anak dll); berdukung duduk bercelapak di belakang atau di pinggang orang: anak monyet berpegang teguh dan ~ pd ibunya ke mana sahaja ibunya pergi; mendukung 1. membawa kanak-kanak kecil sama ada ia bercelapak pd pinggang (atau di belakang) atau dgn menyokong punggung kanak-kanak itu dgn sebelah tangan dan sebelah tangan lagi diletakkan di bawah ketiaknya: perempuan itu ~ anaknya; 2. menggendong: dia memasukkan barang-barang itu ke dlm kain dan ~nya; 3. ki memikul atau menyokong dan berusaha dsb utk menjayakan (memperkukuh, menegakkan, dsb): bahawasanya negara kita Malaysia ~ cita-cita hendak mencapai perpaduan yg lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; mereka tidak teragak-agak lagi utk ~ cita-cita mendaulatkan Bahasa Kebangsaan; dlm konteks negara kita Malaysia, tugas ini didukung oleh Dewan Bahasa dan Pustaka; 4. membantu bersama-sama, menyokong: parti yg memerintah didukung oleh majoriti rakyat; 5. mengemukakan atau menyampaikan (maksud dsb): pemilihan kata-kata dlm cerpen itu kurang dapat ~ isi ceritanya; ~ biawak hidup prb perihal mempunyai isteri atau anak perempuan yg nakal; didukung disangka orang sakit, kiranya orang kekenyangan prb menolong orang yg tidak kena pd tempatnya; dukungan 1. sesuatu yg didukung: maka Malim Deman pun meletakkan ~nya lalu naik ke rumah Nenek Kebayan; 2. keadaan didukung: anaknya yg keempat dlm ~ dan anaknya yg kelima dlm kandungan; 3. tempat mendukung (spt pd pinggang, belakang, di atas tangan, dsb): anaknya tertidur di atas ~nya; 4. sokongan, pertolongan, bantuan: kelahiran Malaysia telah mendapat ~ yg kuat drpd pihak Bangsa-Bangsa Bersatu; pendukungan 1. perbuatan mendukung seseorang (di pinggang, di belakang, dsb); 2. perihal mendukung (sesuatu cita-cita dsb): dlm semua karyanya, penulis itu menonjolkan ~nya terhadap realiti Malaysia; pendukung 1. orang yg mendukung seseorang (di pinggang, di belakang, dsb); 2. orang yg mendukung (menggendong), penggendong, pembawa; 3. sesuatu yg digunakan utk mendukung (menggendong), penggendong, pembawa: Bujang Selamat pun menghadap Uli Emak si Anjing memohonkan kain ~ tepak; 4. orang (persatuan dsb) yg mendukung (sesuatu cita-cita dsb), sesuatu yg menyokong (menjadi sumber kekukuhan dsb): persatuan-persatuan belia merupakan ~ cita-cita kerajaan utk mewujudkan satu generasi muda yg berdedikasi dan berhemah tinggi; 5. orang yg mendukung (memperjuangkan) sesuatu fahaman: ~ faham liberal mendapat sambutan yg kuat drpd rakyat yg cinta kebebasan; 6. sesuatu yg mendukung (akan menyampaikan), penyampai, pengemuka: susunan kata dan gaya kalimat mempunyai tugas sbg ~ rasa pencipta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |