gelintaran sejagat(global search) | Kaedah atau kemampuan mencari maklumat yang diperlukan dalam keseluruhan dokumen. | Kamus Komputer |
gelintaran perduaan(binary search) | Kaedah pencarian data dengan membahagikan butir-butir data kepada dua kelompok. Kedua-dua kelompok kemudian dinilai dan kelompok yang lebih berkemungkinan ada datanya dipilih. Pembahagian kepada dua kelompok kemudian dilakukan terhadap kelompok tersebut dan kelompok seterusnya sehingga data yang dicari dijumpai. | Kamus Komputer |
gelintaran naif(naive search) | Kaedah pencarian yang dilakukan secara lurus tanpa menghiraukan sebarang maklumat yang boleh mempercepat pencarian. | Kamus Komputer |
gelintaran linear(linear search) | Kaedah pencarian yang bermula dengan unsur pertama dan membandingkannya dengan unsur lain satu per satu sehingga unsur yang dicari dijumpai atau pencarian sampai ke hujung senarai. | Kamus Komputer |
gelintaran kawasan(area search) | Penyemakan kumpulan dokumen yang banyak untuk mencari satu kumpulan data tertentu. | Kamus Komputer |
gelintaran cincangan(hash search) | Gelintaran kedudukan di dalam jadual cincangan yang ditunjukkan oleh nilai cincangan, sehingga terjumpa kedudukan yang mempunyai kunci yang sepadan atau kedudukan yang kosong. Pencarian ini dijalankan sama ada untuk mencapai data tersimpan atau meletakkan data baru. | Kamus Komputer |
gelintaran buta tuli(blind search) | Kaedah pencarian data atau maklumat tanpa berpandukan sebarang pedoman. | Kamus Komputer |
gelintaran teks penuh(full-text search) | Kaedah pencarian dalam keseluruhan teks buku atau rencana yang tersimpan dalam ingatan komputer untuk mendapat kembali teks yang berkaitan. | Kamus Komputer |
gelintaran senarai berantai(chained list search) | Kaedah pencarian yang menggunakan struktur data berbentuk senarai berantai. | Kamus Komputer |
gubalan | hasil Search.aspx?spec=false&type=1&cari=menggubal">menggubal | Kamus DBP versi dalam Talian |