meiosis | meiosis | Pembahagian nukleus yang menyebabkan bilangan kromosom menjadi separuh. Meiosis berlaku pada dua peringkat. Peringkat meiosis I menghasilkan dua nukleus anak yang haploid. Peringkat meiosis II, setiap nukleus anak tersebut membahagi secara mitosis untuk menghasilkan dua nukleus anak. Oleh yang demikian, pembahagian satu sel diploid akan menghasilkan empat sel haploid. | Menengah Atas |
anafasa | anaphase | Peringkat meiosis atau mitosis apabila kromosom homolog berpisah dan bergerak ke kutub yang berlawanan. | Menengah Atas |
metafasa | metaphase | Peringkat mitosis atau meiosis apabila kromosom tersusun pada satah khatulistiwa. | Menengah Atas |
profasa | prophase | Peringkat pertama mitosis dan meiosis, iaitu ketika kromosom menjadi jelas, iaitu berbentuk pendek dan tebal sebelum membentuk plat metafasa. | Menengah Atas |
telofasa | telophase | Peringkat terakhir fasa mitosis dan meiosis. | Menengah Atas |
pindah silang | crossing over | Pertukaran bahan genetik di antara dua kromosom homolog yang berpasangan semasa protasa 1, meiosis secara pemutusan dan penggabungan semula. | Menengah Atas |