Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[va.ria.si] | ۏارياسي

Definisi : 1. penyimpangan atau sesuatu yg menyimpang drpd keadaan (sifat, ciri-ciri, dsb) yg lazim atau standard, kelainan: ~ bahasa; 2. bentuk dll yg tidak seragam atau berbeza-beza, kelainan atau pelbagaian (dlm bentuk, reka cipta, dll): ~ reka bentuk kraftangan tempatan terhad dan tidak banyak berubah; 3. penyimpangan pd ciri-ciri organisma drpd yg biasa bagi kumpulannya; bervariasi berlainan atau berbeza-beza keadaaan (bentuk, ciri atau sifatnya dsb): kehidupan kesusasteraan mulai beragam dan ~; latihan selalunya dijalankan dlm bentuk permainan kecil yg ~ supaya pemain tidak merasa bosan semasa menjalani latihan; memvariasikan menjadikan bervariasi: ~ teknik pengajaran dan pemelajaran dapat mengelakkan perasaan jemu dan meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[va.ria.si] | ۏارياسي

Definisi : kelainan drpd keadaan yg biasa. bervariasi berlainan atau berbeza-beza keadaan, bentuk atau sifat sesuatu: Teknik yg ~ digunakan utk menangani projek itu. memvariasikan menjadikan bervariasi: Usaha utk ~ cara atau kaedah pengajaran diharapkan dpt membantu mengatasi rasa bosan para pelajar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata variasi


KETTHA

VirtPathDisplayNameSynopsisWebURL
http://www.kettha.gov.my/content/strategi-bagi-mencapai-objektif-negaraStrategi Bagi Mencapai Objektif Negara | KeTTHAmenggunakan perisian komputer seperti WASP. • Bekalan yang mampan Menggalakkan pembangunan tenaga yang boleh diperbaharui dan co-generation sebanyak mungkin. • Bekalan yang berkualiti (tahap harmonik yang rendah, tiada 'surges' dan 'spikes', variasi voltan yang minimum) Memadankan kualiti dengan permintaan pengguna dengan cara mempelbagaikan tarif. • Penggunaan tenaga yang cekap Penandaarasan, pengauditan, insentif-insentif kewangan dan fiskal, pembangunan teknologi, galakan ESCOs, penglabelan, pengkadaran, harga Highlighter.aspx?DocId=79&Index=D%3a%5cSearchIndexFiles%5cindekGKettha&HitCount=1&hits=243+

Kembali ke atas