Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. daerah tempat tinggal (kampung, negara, dll): membuka ~; ia berasal dr ~ China; anak ~ penduduk asli sesuatu tempat, bumiputera; 2. daerah yg di bawah perintah seorang sultan atau gabenor: saya berasal dr ~ Pahang; dewan ~ majlis perundangan negeri; tanah ~ tanah milik negeri; 3. kawasan bandar, bandar; 4. kerajaan, pe­merintah; S.M.A. N~ Id Sekolah Menengah Atas Kerajaan; 5. bp, Id tanah asing (terutama negara-negara Barat); 6. Mn sekumpulan kam­pung yg di bawah seorang ketua, daerah; ~ akhirat alam sesudah kehidupan di dunia ini; ~ angkat negeri yg dianggap sbg negeri sendiri; ~ as Id = ~ pasak (Itali, Jepun dan Jerman dlm perang dunia kedua); ~ asing negeri bukan negeri sendiri; ~ Cik Siti Wan Kembang panggilan bagi negeri Kelantan; N~ Di Bawah Bayu panggilan bagi negeri Sabah; N~-N~ Selat negeri-negeri (Melaka, Pulau Pinang dan Singapura) yg diperintah langsung oleh orang Inggeris pd zaman penjajahan; ~ yg baka (kekal) akhirat; ~ yg fana dunia; ~ gedang, rumah gedang, berapa pun pan­­­jang perian tak akan tersanduk prb orang kaya yg murah hati biarpun banyak orang yg meminta pertolongan kepadanya tidaklah ia akan gusar atau susah; alpa ~ alah, sia-sia hutang tumbuh prb jika alpa atau sia-sia kerugian dan bencana juga yg menimpa; ibarat ~ berubah resam prb hal manusia itu berubah-ubah fikirannya; ke ~ cacing prb mati; spt ~ dialahkan geroda prb negeri atau kam­pung yg menjadi sunyi kerana penyakit atau mala­petaka yg lain; bernegeri 1. mempunyai negeri; 2. mem­punyai tempat tinggal, berkediaman: sedang baginda ~ di Pasir Raja dewasa itulah datang kpd hamba Seri Nara Wangsa; kenegerian perihal negeri, yg menunjukkan sifat-sifat atau ciri-ciri negeri; faham ~ faham kedaerahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 kawasan atau daerah yg menjadi sebahagian drpd sesebuah negara: ~ Johor; ~ Melaka. 2 sesuatu kawasan yg dpt dikenal drpd ciri-ciri pen­duduknya, bahasanya, budayanya dsb: ~ China; ~ Jepun. ~ akhirat alam sesudah hidup di dunia ini. ~ ang­kat negeri asing yg dianggap sbg negeri sendiri. ~ asing negeri yg bukan ne­geri sendiri. ~ awak negeri sendiri. ~ yg baqa akhirat. ~ yg fana dunia. bernegeri 1 mempunyai negeri. 2 mempunyai tempat tinggal; berke­diaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
negeri
Rujuk :negara

Puisi
 

Negeri Acheh negeri aman,
     Anak tekukur terbang deras;
Bunga setangkai di dalam taman,
     Belum gugur belumlah puas.


Lihat selanjutnya...(82)
Peribahasa

Hujan keris lembing di negeri kita,
     hujan emas perak di negeri orang;
baik juga di negeri kita.

Bermaksud :

Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hujan emas di negeri orang, hujan batu [= keris lembing] di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri, b. Hujan emas perak di negeri orang; hujan keris lembing di negeri kita).

 

Lihat selanjutnya...(59)

260

East, west, home's the best

Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri

My father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, east, west, home's the best.

Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(13)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Siri negeri-negeri tercinta: Negeri Sembilan Darul Khusus Tiada2011978-983-198-183-2
Siri negeri-negeri tercinta: Sabah negeri di bawah bayu Tiada2011978-983-198-182-5
Penyata Pilehanraya Umum Dewan Ra'ayat dan Dewan Undangan Negeri bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak Tahun 1969Jabatan Percetakan NegaraTiada  
Negeri-negeri di Tanah Melayu Tiada2012978-983-198-190-0
Negeri-negeri Melayu bersatu paduPelanduk Publications (M) Sdn BhdTiada1987967-978-144-5
Negeri-negeri Malayu pantai barat 1850-1873Penerbit Fajar BaktiTiada1984 
Siri negeri-negeri tercinta: Terengganu Darul Iman Tiada2011978-983-198-180-1
Siri negeri-negeri tercinta: Pahang Darul Makmur Tiada2011978-983-198-179-5
Siri negeri-negeri tercinta: Kelantan Darul Naim Tiada2011978-983-198-178-8
Siri negeri-negeri tercinta: Sarawak bumi kenyalang Tiada2011978-983-198-181-8
12345678910...

Kembali ke atas