Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perasaan yg menyenangkan (menyuka-kan) atau menyedapkan hati, sedap didengar (dilihat dll): mereka berasa ~ membuat lukisan atau pekerjaan tangan; sangat ~ melihat mereka menari; berseronok-seronok bersuka ria, ber­senang-senang, bergembira, berfoya-foya: sampai hati dia ~ dgn perempuan lain sedangkan isterinya sedang terlantar sakit di rumah; menyeronokkan menimbulkan rasa se­ronok (nyaman, enak, dll): bagi orang yg sabar, bunga ini sungguh ~ dan menenteram-kan hati; keseronokan perihal (keadaan, rasa, dsb) seronok, kesedapan sesuatu yg menyebabkan seseorang dsb berasa seronok: kanak-kanak mempunyai kecenderungan dlm pelajaran yg mendatangkan ~ kpd mereka; ketidakseronokan perihal (keadaan, rasa, dsb) tidak seronok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : dpt menyenangkan atau me­nyedapkan hati; sedap; nyaman: Kami pun mandi-manda di pantai itu dgn ~nya. menyeronokkan menyebabkan berasa seronok; menyedapkan; menya­mankan. keseronokan 1 hal atau keadaan seronok; rasa seronok: Mereka tidak dpt melupakan ~ semasa percutian itu. 2 berasa seronok: Kanak-kanak itu ~ bermain dan tidak mahu pulang ke rumah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
seronok (adjektif)
Bersinonim dengan sedap, enak, gembira, riang, ria, meriah, suka, ceria, berseronok-seronok;,
Kata Terbitan : menyeronokkan, keseronokan,
Rujuk :suka, bersuka-suka;,

Puisi
 

Rampai-rampai di Tanjung Puri,
     Pulau Pandan jauh ke tengah;
Seronok ramai sementara tak mati,
     Kalau mati dikandung tanah.


Lihat selanjutnya...(2)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Seronok bina rakit Tiada2012978-967-0157-30-6
Seronok Tiada2013978-967-0374-44-4
55 Petua Seronok BekerjaWarner Business BooksTiada2007978-983-3372-09-0

Kembali ke atas