Definisi : kep Systéme International (d’Unités) (Sistem Unit Antarabangsa, iaitu set unit ukuran, mis meter, kilogram dan liter, utk kegunaan saintifik dan teknikal di seluruh dunia). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : simbol kimia bagi silikon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : 1. kata penyerta yg digunakan di depan nama orang (sbg timang-timangan, panggilan, ejekan atau sbg penghinaan): S~ Ali; ~ bisu; ~ bodoh; ~ bongsu; ~ hitam; ~ pencuri; 2. kata penyerta yg digunakan di depan nama sendiri (utk merendahkan diri): S~ Tuah tidak mahu menderhaka kpd tuannya; 3. kata penyerta utk menegaskan orang yg melakukan atau yg terkena sesuatu: ~ mati; ~ penjual; ~ piutang; ~ pencuri; ~ tertuduh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : awalan pd berbagai-bagai nama binatang atau tumbuhan, se: ~dingin; ~kedidi; ~tawar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : 1. kata yg bergabung dgn imbuhan ber- utk menyatakan diri membuat sesuatu; bersibisu berbuat spt orang bisu (berbuat-buat bisu); bersitidak tahu berpura-pura tidak tahu; 2. kata yg bergabung dgn imbuhan ber- dan -an utk menyatakan saling berbuat sesuatu; bersipandangan berpandang-pandangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : kata sandang yg digunakan di depan nama, kata benda atau kata sifat, a. sbg nama timangan (panggilan dsb): ~ Bongsu; ~ Ahmad; ~ Manja. b. utk mengejek atau utk menghina: ~ Tolol; ~ Tempang. c. utk menegaskan atau utk menunjukkan orang itu terkena atau melakukan sesuatu dll: ~ mati; ~ penjual. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)