Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öa.ki.bat]/[a.ki.bat] | عاقبة

Definisi : 1. kesan buruk drpd sesuatu peristiwa (perbuatan dll), kesudahan (yg tidak baik), padah: rakyat yg terpaksa menanggung pel­bagai ~ peperangan; rumah tangga yg porak-peranda ialah antara ~ yg disebabkan oleh perjudian dan minuman keras; 2. disebabkan (didatangkan dsb) oleh, (sbg) ke­sudahan dr: kepalanya pening ~ minum arak; kerosakan besar harta benda ~ banjir; akibatnya akhirnya, hasilnya, kesudahan­nya: apakah ~ kalau kau terus berkelakuan begini? berakibat 1. berakhir dgn, berkesudahan: perkelahian itu ~ dgn kematian; 2. berpunca: suatu perbuatan yg ~ drpd yg lain; mengakibatkan mendatangkan akibat, me­nye­babkan terdapatnya atau berlakunya se­suatu peristiwa dll (yg buruk): serangan-serangan pengganas ~ beberapa anggota tentera keselamatan terbunuh; persengke­taan yg mungkin ~ peperangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öa.ki.bat]/[a.ki.bat] | عاقبة

Definisi : hasil atau keputusan drpd sesuatu peristiwa (perbuatan, keadaan dsb): Banyak rakyat yg menderita ~ pemberontakan itu. akibatnya hasilnya; akhirnya: Jika engkau berani melakukan perkara itu, engkau patut berani juga menanggung ~. mengakibatkan mendatangkan akibat; menyebabkan berlakunya sesuatu peristiwa: Kedegilan Israel telah ~ peperangan di Asia Barat berlanjutan hingga sekarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akibat

Peribahasa

Kambing menyusui anak harimau,
     besar dia dipatahkan tengkuknya.

Bermaksud :

Akibat yang akan diterima kalau menolong orang jahat dalam kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(4)

418

A good name is sooner lost than won

Nama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi seseorang itu boleh kehilangannya dengan sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil.

Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari. (Nota : Padanan seperti kurang tepat, PM –ve to +ve)

You are a man of honour and have done a lot of good things for his association. But don't get involved in those dubious activities because one minor slip could crumble your good reputation. Remember, a good name is sooner lost than won.

Kamu orang yang terhormat dan telah banyak berjasa kepada persatuan ini. Tetapi janganlah membabitkan diri dalam kegiatan yang mencurigakan kerana satu kesilapan kecil boleh menghancurkan reputasi baik kamu. Ingat, panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Akibat salah sangkaDewan Bahasa dan PustakaTiada20109789834605599
Akibat terbuang tuahPenerbit Fajar Bakti Sdn BhdTiada1991967-65-0447-5
Akibat cemburuDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20079836294678
Akibat menurut rasaMajlis Tindakan Ekonomi NegaraTiada20089789835936159
Akibat Malas TiadaTiada MaklumatTiada Maklumat
Akibat suka menipu Tiada20079833537532
Akibat malas Tiada[19??] 
Akibat tidak jujurPustaka YakinTiada19889677700421
Seribu akibat Tiada1989 
Hoki atau akibat pergaulan modenQalamTiada1949 
12

Kembali ke atas