Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.lun] | الون

Definisi : ombak yg memanjang dan tidak meme­cah, ombak yg bergulung-gulung: perahu itu berayun-ayun dilenggang ~; beralun, beralun-alun 1. berombak me­man­jang: air laut yg ~; padi di sawah ~-alun ditiup angin; 2. berbentuk tinggi rendah spt ombak (bkn rambut), berombak-ombak, ikal: bahan-bahan pemeliharaan rambut men­­jadi­kan rambut berseri, bermaya dan ~; 3. berlagu atau berirama tinggi rendah, turun naik rentaknya (bkn suara); mengalun, mengalun-alun 1. mengom­bak memanjang, mengombak membuai-buai; 2. berirama tinggi rendah, beralun: suara azan ~ ke udara; mengalunkan menjadikan sesuatu (suara, lagu, dll) beralun (berirama tinggi rendah): ~ suara menyanyikan sebuah lagu asli; alunan 1. perihal (keadaan atau gerakan dsb) mengalun: olengan kapal, ~ gelombang me­nye­bab­kan kepalanya pening; 2. irama atau rentak tinggi rendah: ~ suara biduanita yg terkenal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.lun] | الون

Definisi : ombak kecil yg memanjang dan tidak memecah: Perahu yg hanyut itu terkatung-katung di atas ~. beralun 1 terdapat atau ada alunnya. 2 berbentuk spt ombak (bkn rambut): Syampu itu boleh menjadikan rambut berseri dan ~. 3 berirama tinggi rendah dan lembut (bkn suara, lagu dsb): suara yg ~. mengalun 1 mengombak berayun-ayun (ttg air laut dll). 2 turun naik dan lembut (ttg suara, bunyi): Suara azan ~ di udara memecahkan kesunyian pagi. mengalunkan menjadikan (suara, lagu dsb) mengalun: Penyanyi itu ~ suaranya yg merdu. alunan 1 gerakan yg spt alun; gerakan yg mengalun: ~ ombak. 2 rentak atau irama yg tinggi rendah dan lembut: ~ suara penyanyi itu mempesona para penonton. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata alun

Puisi
 

Ambil kerusi dalam puan,
     Alun-alun tepi jeraya;
Sampai hati kakanda tuan,
     Dibuang lalu kepada saya.


Lihat selanjutnya...(2)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Alun-alun istana imam al-GhazaliDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1973 
Alun-alun ke Marista: Awang Damit Ahmad 1996-2002Balai Seni Lukis NegaraTiada2001983-9572-49-0
Alun hidup'K' Publishing Sdn. Bhd.Tiada2000983-852-338-0
Alun hidup'K' Publishing Sdn. Bhd.Tiada1990983-852-084-0
Alun menggulung perlahanPenerbit Fajar BaktiTiada1986967-933-751-0
Malam Alun SanjakPusat Dokumentasi MelayuTiada2006 
Malam Alun SanjakDewan Bahasa dan PustakaTiada2006 
Adun nan alun sebahteraDewan Bahasa dan Pustaka BruneiTiada200299917-0-272-5
Gema membelah alunDewan Bahasa dan PustakaTiada19929836224300

Kembali ke atas