[ang.gu/] | اڠݢوق
Definisi : 1. gerakan ke bawah (haluan kapal dll); 2. gerakan menundukkan kepala (tanda bersetuju, kerana mengantuk, dll); ~ bukan, geleng ia prb lain di mulut lain di hati (lain perbuatan lain kehendak); berangguk = mengangguk; berangguk-angguk = mengangguk-angguk, terangguk-angguk; mengangguk menggerakkan kepala ke bawah (tanda menyetujui, mengerti atau memaklumi kata-kata seseorang): ~ mengiakan; mereka ~ bersetuju; mengangguk-angguk 1. turun naik: haluan perahu pun ~; 2. mengangguk berkali-kali: mereka semua ~ tanda setuju; menganggukkan menggerakkan (kepala) ke bawah: ia ~ kepalanya; mengangguk-anggukkan menggerakkan (kepala) ke bawah berulang kali: ia ~ kepala sambil ayahnya meneruskan percakapannya; terangguk-angguk 1. turun naik (bkn haluan kapal); 2. mengangguk-anggukkan kepala dgn tidak disedari (kerana terlalu mengantuk dsb), tersengguk-sengguk: kepalanya ~ mendengar cakap ibunya; anggukan gerakan mengangguk: ~ dan gelengan kepala saya tidak dipedulikannya; pengangguk; tali ~ sj tali pd perahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ang.gu/] | اڠݢوق
Definisi : gerakan menundukkan kepala (kerana mengantuk, menandakan bersetuju dll). mengangguk menggerakkan kepala ke bawah; menundukkan kepala: Apabila ditanyai adakah dia ingin mengikut kami, dia ~. mengangguk-angguk mengangguk berkali-kali: Kepalanya ~ kerana sangat mengantuk. menganggukkan; ~ kepala menundukkan kepala: Dia ~ kepalanya tanda bersetuju. terangguk-angguk bergerak-gerak turun naik (ttg kepala, haluan kapal dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)