Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ar.ca] | ارچا

Definisi : 1. patung yg menyerupai seseorang atau sesuatu (terutama dibuat drpd kayu, batu, dsb): memahat ~ seorang tokoh terkenal di dunia; 2. bayang yg terlihat di dlm cermin atau melalui kanta kamera, imej: melihat ~ diri sendiri di dlm cermin; 3. bayang-bayang yg terlihat ketika seseorang itu berkhayal: dia lantas bangun menghampiri almari pakai­an­nya, tempat ~ lelaki tadi terdiri gagah; 4. bentuk cahaya yg ditumpukan pd retina mata, imej: mata manusia ‘menyim­pan’ ~ sesuatu benda yg baru sahaja dipan­dang dlm tempoh yg pendek; 5. gambaran dlm fikiran atau pertalian fikiran yg dihasil­kan di dlm karya sastera (terutama dlm puisi), imej; 6. (Komp) gambar atau lambang kecil pd paparan komputer yg digunakan sbg wakil sesuatu objek; mengarcakan menghasilkan arca (patung): tukang pahat itu sedang ~ wajah seorang seniwati;kearcaan bersifat (mempunyai ciri-ciri) arca: bentuk puncak ini agak ~ sedikit; pengarcaan proses menghasilkan arca;pengarca pembuat (pereka, pengukir) arca: Zafaruddin Zainuddin merupakan barisan ~ Anak Alam yg paling giat berkarya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ar.ca] | ارچا

Definisi : 1 patung yg dibuat drpd batu yg dipahat dan menyerupai bentuk sesuatu. 2 ist bayang spt yg dilihat pd cermin atau spt yg dilihat melalui kanta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata arca


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Arca (Arca siri bentuk meninggi)Dewan Bahasa dan PustakaTiada  
Arca GadingDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2016978-983-49-0224-7
Arca semalamCreative EnterpriseTiada1993983-893-093-8
Arca impianDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1997983-62-5696-2
ArcaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2003983-62-7967-9
Arca: antologi puisiIkatan Penulis SabahTiada1991 
Arca kasihAlaf 21 Sdn BhdTiada2004983-124-116-9
Arca impian : kumpulan puisiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1997983-62-5696-2
Arca kasihAlaf 21 Sdn BhdTiada2003983-124-116-9
ArcaDewan Bahasa dan PustakaTiada1999 
123

Kembali ke atas