Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.tap] | اتڤ

Definisi : 1. penutup rumah bahagian atas (utk me­lin­dungi penghuni dr hujan dan panas), bum­bung: ~ rumah itu sudah tua; 2. benda yg dibuat drpd sesuatu bahan (spt daun rumbia dll) dipakai utk menutup bahagian atas rumah, bahan yg dijadikan bumbung: ~ genting lebih mahal drpd ~ rumbia; beratap mempunyai (memakai) atap, dibu­buh (dipasangkan) atapnya: pondok itu belum ~; beratapkan mempunyai atau dipasangkan sesuatu (spt rumbia, genting, dsb) sbg atapnya atau bumbungnya: rumah papan ~ genting; mengatap membubuh atap, memasang atap; mengatapi membubuh atap pd, memberi beratap: ~ rumah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.tap] | اتڤ

Definisi : 1 penutup rumah di sebelah atas: ~ rumah ini sudah bocor. 2 sesuatu (spt daun rumbia, genting, zink) yg digunakan utk menutup bahagian atas rumah. beratap mempunyai atap: Rumah yg baru didirikan itu belum ~ lagi. beratapkan memakai atau menggunakan sesuatu sbg atap: pondok yg ~ rumbia. mengatap 1 memasang atap. 2 mencari daun rumbia dsb utk dibuat atap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata atap

Puisi
 

Patah atap kerana buluh,
     Atap dijalin dengan tali;
Patah sayap bertongkat paruh,
     Namun undur pantang sekali.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Air cucuran atap,
     jatuhnya kepelimbahan.

Bermaksud :

Sesuatu itu, meskipun sedikit, akan menurut asalnya juga. pelimbahan = tempat air yang kotor.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Atap genting atap rembiaDewan Bahasa dan PustakaTiada1968 
Atap genting atap rembiaDewan Bahasa dan PustakaTiada19959836222634
Atap genting atap rembiaDewan Bahasa dan PustakaTiada1991 
Atap genting atap rembiaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1963 
Atap genting atap rembiaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1972 
Atap genting atap rembiaDewan Bahasa dan PustakaTiada1971 
Atap genting atap rumbiaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1991983-62-2263-4
AtapGrasindoTiada2002979-695-766-3
Proses membuat atap bataDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Teman-temanku dari atap bahasaAugust PublishingTiada20089799626889
12

Kembali ke atas