Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.gi.ni] | بݢيني

Definisi : bagai ini, macam ini, seperti ini: tulislah ~;sebegini sebanyak ini, sekian ini;begini-begini memperkatakan seseorang dll secara umum tanpa penjelasan: datuk nenek kami dahulu adalah ~;membeginikan membuat (memperlakukan) spt ini: saya tidak suka dibeginikan, tidak senang dibegitukan; beginian Jk seperti ini, demikian ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.gi.ni] | بݢيني

Definisi : spt ini; bagai ini; demikian ini; serupa ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata begini

Puisi
 

Jika begini mengalahnya,
     Kayu hidup dimakan api;
Jika begini rasanya,
     Badanku hidup terasa mati.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Apa kepada kukur,
     nyiur juga yang binasa.

Bermaksud :

Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, b. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, c. Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya, d. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, e. Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan, f. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Begini sayang!Galeri Ilmu Sdn. Bhd.Tiada2011978-983-097-282-4
Begini caranyaTime-Life BookTiada19890809479834
Begini sayangBerita PublishingTiada19909679692019
Begini rupanyaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1993983-62-3765-8
Jika masih beginiPenerbit Fajar BaktiTiada1990 
Kumpulan Puisi Takdir Itu BeginiDewan Bahasa dan Pustaka BruneiTiada201099917-0-708-5

Kembali ke atas