Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.ci] | بنچي

Definisi : tidak suka: ada orang yg ~ melihat kita aman damai dlm rumah tangga;berbenci-bencian saling membenci: perasaan bermusuh-musuhan dan ~;membenci benci akan, tidak menyukai: saya rasa saya ~nya lebih drpd saya menyukainya; benci-membenci saling menaruh perasaan benci terhadap satu sama lain: sikap ~ ini memang ditegah oleh Islam; apabila kasih telah terjalin, hilanglah rasa ~ antara satu sama lain; kebenci Mn ubat dll utk menjadikan benci: dicarikannya pekasih atau ~ kian kemari, dituntutnya ilmu sihir kpd dukun-dukun yg pandai;kebencian 1. perihal benci (rasa, sifat benci): lama-lama ~ itu hilang begitu saja; 2. sesuatu yg dibenci;pembenci 1. orang yg membenci; 2. sesuatu utk membuat orang benci: ubat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ben.ci] | بنچي

Definisi : (berasa) tidak suka; sangat-sangat tidak suka: Saya ~ akan sikapnya yg suka mengeji. membenci tidak menyukai; tidak suka kpd: Kerana perangainya yg buruk, banyaklah orang yg ~nya. kebencian 1 rasa atau sifat benci: ~nya terhadap kawan-kawan tidak pernah wujud. 2 yg dibenci: Memungkiri janji merupakan ~nya. pembenci 1 orang yg menaruh perasaan benci; orang yg membenci: Dia memang ~ peperangan. 2 sesuatu yg digunakan utk menimbulkan perasaan benci: ubat ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benci

Puisi
 

Pohon geti bunga serangkul,
     Ambil galah tergawang-gawang;
Kalau benci khabarlah betul,
     Tidaklah kami berulang-ulang.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Berulat mata melihat.

Bermaksud :

Sangat benci. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai melihat ulat).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Benci Itu Rindu Tiada2014978-983-124-912-3
Benci tapi rinduCiptaan Jiwa SeniTiada1988 
Benci dalam rinduTintarona Publications Sdn. Bhd.Tiada20069833514065
Antara benci dan rinduKakinovel EnterpriseTiada2010978-967-5067-52-5
Dicabik Benci dan CintaGramedia Pustaka UtamaTiada1999979-605-777--8
Dicabik benci dan cinta 2Gramedia Pustaka UtamaTiada2002979-686-803-2
Di relung benciPancar KumalaTiada19??[t.m]
Jangan ada benciCreative EnterpriseTiada2009978-983-893-9010
Jangan ada benciAhadiat AkashahTiada1997ISBN 983-123-001-9
Jangan Ada BenciDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1997983-123-001-9
12

Kembali ke atas