Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bu.nga] | بربوڠا

Definisi : 1. mempunyai (mengeluarkan) bunga: pokok durian sudah mulai ~; 2. = berbunga-bunga berhias dgn gambar atau lukisan bunga: kain hitam ~ merah; 3. = berbunga-bunga mengandungi (terhias dgn) kata-kata yg indah: bahasanya ~; 4. ki berhias (disertai) dgn: wajahnya ~ senyuman yg manis; 5. mendapat (menghasilkan, mengenakan) bunga atau bayaran faedah: pinjaman yg tidak ~; 6. (sudah) menampakkan tanda (akan terjadi, akan berhasil, dll): segala usaha dan jerih kita sudah ~; 7. ada bunganya (bkn tayar): keempat-empat tayarnya masih ~; 8. bertanda corak timbul (yg dibuat dgn mesin): getah asap ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bu.nga] | بربوڠا

Definisi : 1 ada bunganya; mengeluarkan bunga: Pokok durian yg di belakang rumah itu sudah ~. 2 = berbunga-bunga berhias dgn sesuatu yg elok-elok: Bercakaplah sekadar yg perlu saja, tidak usah ~ atau bermanis-manis. 3 mendapat bunga atau faedah: Dia mendapat pinjaman yg tidak ~ drpd sahabatnya. 4 menampakkan tanda-tanda atau alamat akan berlakunya sesuatu: Peperangan dunia yg ketiga sudah ~ di Timur Tengah dan di Asia Tenggara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbunga

Puisi
 

Tanamlah bunga tidak berbunga,
     Tanam ke darat berbunga jua;
Di dalam dunia tidak bersama,
     Di dalam akhirat bersama jua.


Lihat selanjutnya...(51)
Peribahasa

Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah,
     dia tidak.

Bermaksud :

Mengandung tetapi selalu keguguran.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Berbunga di mata berputik di hatiTra Tra PublishingTiada1980 
Berbunga di mata berputik di hatiPenerbitan Tra-TraTiada1980 
Diskusi Novel (Mencari Diri, Bila Sena Kembali Berbunga, Tanda Sebuah Kurnia, Kalau Mawar Mekar Berbunga)Dewan Bahasa dan PustakaTiada1999 
Cempaka BerbungaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada  
Tumbuhan berbungaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1990983-62-0156-4
Wanita berbunga CameliaPustaka JayaTiada1980 
Cintanya berbunga kembaliFederal Publications Sdn. Bhd.Tiada1986010031610-7
Harapan berbunga indahUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Tiada1991967-61-0203-2
Kristal berbunga batuFederal PublicationsTiada2003983-58-0914-3
Malam berbunga sajak ke 2Dewan Bahasa dan PustakaTiada1975 
123456

Kembali ke atas