Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gan.tung] | برݢنتوڠ

Definisi : 1. bersangkut, bergayut, berpaut; dagu bagai lebah ~ dagu yg cantik; 2. bersandar (pd orang dll), berharap pd pertolongan (orang dll), di bawah pengaruh orang dll: kehidupannya ~ pd belas kasihan Dato’ Ujang; pertumbuhan padi di kawasan Kerian ~ semata-mata pd hujan; ~ di ekor anjing prb orang yg sangat memerlukan pertolongan akan menerima sebarang pertolongan; ~ di hujung rambut prb nasib yg tidak tetap; ~ kpd rambut sehelai prb dlm keadaan yg amat berbahaya; ~ pd tali rapuh prb mengharapkan pertolongan drpd orang dll yg lemah; ~ tidak bertali, bersalai tidak berapi prb a) isteri yg ditinggalkan tetapi tidak diceraikan; b) peri seorang gundik yg tidak sah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gan.tung] | برݢنتوڠ

Definisi : 1 berpegang atau bersangkut pd sesuatu dgn tidak berjejak pd bumi, lantai dsb: Jangan ~ pd dahan yg rapuh itu. 2 berharap pd bantuan orang utk melakukan sesuatu; sentiasa dibantu dll oleh seseorang atau sesuatu; mesti berpandukan sesuatu yg lain: Walaupun sudah berkahwin, dia masih ~ pd orang tuanya. Kesuburan pokok-pokok itu ~ pd baja yg diberikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergantung

Puisi
 

Bermasak nasi santan bergantung,
     Ambil puntung dari seberang;
Tarik rebab mengenangkan untung,
     Untungku tidak seperti orang.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Bergantung pada tali rapuh.

Bermaksud :

Menyandarkan hidupnya pada orang (jabatan, pekerjaan dan sebagainya) yang kurang kuat atau tidak tetap.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Perangai bergantung pada diri sendiri edisi khasDewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-46-0288-8
Perangai bergantung kepada diri sendiriDewan Bahasa dan PustakaTiada1982 
Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri: Edisi KhasDewan Bahasa dan PustakaTiada2009 Cetakan 2016978-983-46-0288-8
Perangai bergantung pada diri sendiri (jawi)Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2009978-983-46-0287-1
Perangai bergantung pada diri sendiri (Jawi)Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2009978-983-46-0287-1
Perangai bergantung kepada diri sendiriDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2005983-62-8802-3
Perangai bergantung pada diri sendiriDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2009978-983-46-0288-8
Perangai bergantung kepada diri sendiriDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1987 
Perangai bergantung pada diri sendiri versi jawiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2009978-983-46-0287-1
Perangai bergantung kepada diri sendiriDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20079789836288028
12

Kembali ke atas