Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tuah] | برتواه

Definisi : 1. mempunyai tuah, bernasib baik, berbahagia, beruntung: ia berasa sangat ~ kerana hidupnya mewah; 2. mendatangkan tuah, berhikmat, sakti: ayamnya sangat ~, tiada orang yg berani melawan ayamnya itu; 3. ark ketulahan, terpesona; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tuah (kata nama)
Bersinonim dengan untung, nasib, rahmat, rezeki, berkat, anugerah, limpahan, habuan, ganjaran, balasan, durian runtuh;,
Kata Terbitan : bertuah, menuahi, menuahkan,

Puisi
 

Sudah bernama lagi bertuah,
     Singgah bersila lalu duduk;
Asal bunga menjadi pelepah;
     Adakah pelepah melawan pucuk?


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Telah dapat gading bertuah,
     terbuang tanduk kerbau mati.

Bermaksud :

Kerana sudah mendapat yang lebih baik, yang lama atau yang kurang baik dibuang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi, b. Sudah dapat gubah dikarang, bunga sekaki dicampak buang).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Azmi bertuahInternational Book ServiceTiada1985967-950-027-6
Kucing bertuahPustaka Aman PressTiada1973 
Selimut bertuahLembaga Penyiaran Islam Pulau PinangTiada1999 
Jom bertuah Tiada2011978-983-124-710-5
Badan bertuahDewan Bahasa dan PustakaTiada1971 
Selimut BertuahPustaka A.S.Tiada1981 
Bumi BertuahDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1991983-62-2294-4
Badan bertuahDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1979 
Himar Bertuah Tiada1996983-9255-14-2
Bumi bertuahPustaka AntaraTiada1962 
1234

Kembali ke atas