Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.run.tung]/[ber.un.tung] | براونتوڠ

Definisi : 1. memperoleh untung, mendapat laba: bukan dia sahaja yg ~ begitu, banyak lagi orang kita yg lain-lain; 2. bernasib baik, bahagia, mujur: siapa ~, dialah menang; 3. berjaya, berhasil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.run.tung]/[ber.un.tung] | براونتوڠ

Definisi : 1 mendapat atau beroleh untung. 2 bernasib baik; mujur: Dia sungguh ~ kerana suaminya sangat bertimbang rasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
untung (kata nama)
1. Bersinonim dengan faedah: lebihan, laba, rezeki, habuan,
Berantonim dengan rugi

2. Bersinonim dengan nasib baik: mujur, bintang terang, langkah kanan, berkat, kismat,
Berantonim dengan malang

3. Bersinonim dengan guna: manfaat, faedah, kebaikan,

Kata Terbitan : untung-untung, beruntung, menguntungkan, keuntungan,

Puisi
 

Ikan julung dalam telaga,
     Makan kail umpan terlekat;
Tiada beruntung badan celaka,
     Buat baik menjadi jahat.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bulan turun ke ribaannya.

Bermaksud :

Beruntung besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Bulan jatuh di ribaannya).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Beruntung karena berpikirW. van Hoeve N.V.Tiada  
Mereka yang merugi dan yang beruntungBalai PustakaTiada1996 
Cerita dua kali selamat atau selamat yang beruntungDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Cerita dua kali selamat atau Selamat yang beruntungPusat Dokumentasi MelayuTiada  

Kembali ke atas