[bi.ca.ra] | بيچارا
Definisi : 1. pendapat: benar sekali spt kata tuan hamba itu, barang ~ pun marilah kita undur dahulu menantikan kapitan kita; 2. fikiran, muslihat, akal budi: lain tidak ~nya, hendak mencari kesalahan akan Sang Si Tuah juga kerjanya; 3. mesyuarat: setelah masing-masing putus ~ itu, maka masing-masing pun undurlah menuju pulau; 4. (ber)cakap, (ber)kata: Maskam tidak banyak ~; 5. perkara di mahkamah: dia meminta nasihat bagaimana akan meminta ulang ~;berbicara 1. bercakap: dia membiarkan sahaja suaminya itu ~; 2. bermesyuarat: keputusan itu dicapai selepas mereka ~; 3. mengemukakan pendapat (fikiran dll): ~ tentang syair Melayu, Dr. C. Hooykaas mengatakan bahawa rupa sajak ini ketara asli; membicarakan 1. mempercakapkan, memperkatakan, membincangkan: akan terbit pula sebuah buku yg ~ novel-novel sebelum perang; 2. mengadili sesuatu perkara di mahkamah: perkara itu harus diadukan kpd polis dan dibicarakan di mahkamah; perbicaraan pengadilan sesuatu perkara di mahkamah: bintang filem itu meminta mahkamah menangguhkan ~ kerana seorang saksinya tidak dapat hadir; pembicaraan 1. percakapan, perbincangan: ~ mereka beralih kpd perkara lain; 2. Id pengadilan perkara di muka hakim; pembicara 1. orang yg berbicara (berceramah dll); 2. ark pengacara, penasihat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[bi.ca.ra] | بيچارا
Definisi : 1 pertimbangan fikiran; pendapat: Apa ~ tuan hamba? 2 rundingan; mesyuarat: Kalau sudah sepakat, tidak perlu kita mengadakan ~ lagi. 3 bp berunding utk mendapatkan penyelesaian: Kalau kita tidak dpt menyelesaikannya, lebih baik hal ini dibawa ~ kpd hakim. 4 bercakap; berkata: Mereka itu lebih ~ drpd bekerja. berbicara 1 mengeluarkan kata-kata; bercakap: Ia meminta suaminya saja yg ~ dlm pertemuan itu. 2 bermesyuarat utk mendapatkan persetujuan dsb; berunding: Lama juga mereka ~ ttg syarikat kerjasama Syamelin. 3 berbahas dlm mahkamah utk menegakkan kebenaran. 4 mengeluarkan pendapat atau fikiran: Di negara demokrasi, rakyat bebas utk ~. membicarakan 1 memberikan pendapat ttg sesuatu; membincangkan: Sebuah buku yg ~ sejarah perkamusan Melayu akan diterbitkan tidak lama lagi. 2 mendengar serta mengadili sesuatu perkara dlm mahkamah: Tuan Hakim telah ~ kes pembunuhan itu dgn adilnya. perbicaraan perbuatan berbicara atau berbahas mengenai sesuatu perkara di mahkamah; pengadilan perkara di muka hakim: ~ itu diadakan di Mahkamah Tinggi. pembicaraan perbuatan membicarakan: ~ mereka telah beralih drpd politik tanah air kpd syarikat kerjasama. pembicara orang yg berbicara atau yg membincangkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)