Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cer.das] | چردس

Definisi : 1. sempurna akal (utk berfikir, meng­erti, dll), cerdik, pandai, pintar: manusia ialah binatang yg ~ sekali; rakyat memerlukan pimpinan yg ~; 2. sempurna pertum­buhan (perkembangan) badannya (spt sihat, tangkas, dll): sukan itu menjadikan tubuh ~; mencerdaskan menyebabkan cerdas: usaha itu dilancarkan utk ~ penduduk luar bandar yg terkebelakang; sukan itu dapat ~ tubuh; kecerdasan kesempurnaan akal (utk ber­fikir, mengerti, dll spt kepandaian, kepintar­an, kecerdikan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cer.das] | چردس

Definisi : 1 sempurna akal budinya; tajam fikirannya; pintar: Anak-anak dididik supaya menjadi orang yg baik budi lagi ~. 2 sempurna pertumbuhan tubuhnya; sihat dan segar: Seseorang itu dpt menjadi ~ jika ia cukup tidur, makan makanan yg berzat dan selalu bersenam. mencerdaskan menjadikan cerdas: Bersukan dpt ~ akal. kecerdasan hal atau keadaan sempurna perkembangan akal budinya; kepintaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerdas


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Khazanah digital: Cerdas tuaian cerdas sainganPenerbit Universiti Kebangsaan MalaysiaTiada2014978-967-412-229-4
Cerdas tangkas 4BSanggabuwanaTiada1977 
Cerdas Pintar, 1997Utusan Melayu (M) BerhadTiada1997 
Cerdas Pintar 1997Utusan Melayu (M) BerhadTiada  
Cerdas Pintar 1996Utusan Melayu (M) BerhadTiada  
Rekabahasa cerdas tangkas berbahasa buku 2Pustaka Sinar HarapanTiada1966 
Rekabahasa cerdas tangkas berbahasa buku 1Pustaka Sinar HarapanTiada1996 
Badan sihat minda cerdas Tiada2012978-967-5436-99-4
Mendidik anak pintar cerdasUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Tiada1996967-61-0687-9
Program pendidikan pelajar pintar cerdas: teori dan praktik Tiada1991967-940-941-7
12

Kembali ke atas