Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.ria] | چريا

Definisi : 1. bersih dan cantik (indah) (ruang atau kawasan tertentu): ruang pejabat kelihatan ~ setelah dihiasi dgn pokok bunga; 2. riang, gembira (perwatakan): dia begitu ~ hari ini setelah lulus dgn cemerlang dlm peperiksaan tersebut; 3. menarik (pakaian dll): pakaian yg dipakainya kelihatan ~ sesuai dgn tubuh badannya yg langsing; 4. sl tidak bernoda, suci, murni; menceriakan 1. menjadikan sesuatu (ruang atau kawasan tertentu) ceria, membersihkan dan mencantikkan (mengindahkan): para pelajar diarah ~ bilik darjah semasa kempen kebersihan berlangsung; 2. menyebabkan seseorang kelihatan ceria, meriangkan, meng­gembirakan: kelahiran anak sulungnya ~ kehidupan pasangan yg baru berumah tangga itu; 3. menjadikan sesuatu kelihatan menarik: pakaian para peserta yg beraneka warna ~ pesta kebudayaan yg gilang-gemilang itu; 4. memurnikan, menyucikan; keceriaan perihal (keadaan, sifat) ceria: ~ bilik pejabat; penceriaan proses (perbuatan) menceriakan sesuatu atau seseorang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ria] | چريا

Definisi : 1. ucapan (kata-kata) tertentu (sbg jampi) yg dibaca sewaktu menabalkan raja; 2. kata-kata yg merupakan adat kebiasaan yg diucapkan kpd raja (sbg menyatakan kese­tiaan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ria] | چريا

Definisi : ; menceria mendidik, memelihara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ria] | چريا

Definisi : 1 bersih, indah dan menarik (bkn ruang atau kawasan tertentu): Ruang pejabatnya kelihatan ~ setelah dihias dgn pokok bunga. 2 riang, gembira (bkn perwatakan); berseri-seri (bkn wajah atau air muka): Dia begitu ~ kerana mendapat keputusan cemerlang dlm peperiksaan itu. 3 menarik (bkn pakaian, majlis dsb): Pakaiannya kelihatan ~ sesuai dgn tubuh badannya yg langsing. menceriakan 1 menjadikan sesuatu ruang atau kawasan ceria, membersihkan dan mengindahkan: Pelajar diarahkan ~ bilik darjah sempena kunjungan para pelawat. 2 menyebabkan seseorang kelihatan ceria, meriangkan, menggembirakan: Kelahir­an anak sulung ~ kehidupan pasangan yg baru berumah tangga itu. 3 menjadikan sesuatu (majlis, perayaan dsb) meriah dan menarik: Pakaian para peserta yg beraneka warna ~ pesta kebudayaan yg gilang-gemilang itu. keceriaan keadaan atau suasana ceria: ~ bilik pejabat dpt meningkatkan semangat bekerja. penceria­an proses, perbuatan dsb menceriakan sesuatu atau seseorang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ceria


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Ceria kreatif bersama Aishah : Hari-hari yang bererti. Jilid 4Pekan IlmuTiada2005983-2567-34-3
Ceria kreatif bersama Aishah : Aku anak Malaysia. Jilid 2Pekan IlmuTiada2005983-2567-32-7
Ceria kreatif bersama Aishah : di ambang hari bahagia. Jilid 2Pekan IlmuTiada2005983-2567-33-5
Ceria kreatif bersama Aishah : Aku anak Malaysia. Jilid 2Pekan IlmuTiada2005983-2567-32-7
Ceria kreatif bersama Aishah : di ambang hari bahagia. Jilid 3Pekan IlmuTiada2005983-2567-33-5
Ceria kreatif bersama Aishah : bermulanya di sini... Jilid 1Pekan IlmuTiada2005983-2567-31-9
Ceria kreatif bersama Aishah : bermulanya di sini...Jilid 1Pekan IlmuTiada2005983-2567-31-9
Ceria KasihDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1995983-62-4714-9
PMR ceria: bahasa malaysia tingkatna 1,2,3Sasbadi Sdn. Bhd.Tiada1999983-59-0379-4
Meli Yang CeriaPustaka Nasional Pte. Ltd.Tiada2016978-9971-77-957-3
12

Kembali ke atas