Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.pur] | داڤور

Definisi : 1. bahagian rumah tempat memasak; 2. alat utk memasak (nasi, gulai, dll), tempat membakar (roti, kapur, dll); belanja ~ perbe­lanjaan utk keperluan makanan sehari-hari; orang ~ bp isteri atau orang perempuan yg menguruskan penyediaan makanan sehari-hari; orang se~ seisi rumah (kaum keluarga); ~ arang dapur yg menggunakan arang sbg bahan pembakar; ~ basah dapur tempat me­lakukan kerja masak-memasak yg biasanya banyak menggunakan air; ~ elektrik = ~ karan dapur yg menggunakan kuasa elektrik; ~ gas dapur yg menggunakan gas sbg bahan bakar; ~ kayu dapur yg menggunakan kayu sbg bahan pembakar; ~ kering dapur yg hanya digunakan utk menyediakan makanan ringan atau meng­hidangkan makanan (biasanya berkeadaan kering); ~ minyak tanah dapur yg meng­guna­kan minyak tanah sbg bahan pembakar; ~ umum dapur tempat menyediakan makanan utk orang ramai (dlm keadaan darurat dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.pur] | داڤور

Definisi : 1 bahagian rumah tempat memasak: ~nya kecil, tetapi bersih. 2 alat tempat memasak (nasi dll): Emaknya menggunakan ~ gas sekarang. 3 tempat membakar sesuatu (spt kapur, roti). ~ basah dapur tempat melakukan kerja. ~ elektrik dapur yg menggunakan tenaga elektrik. ~ gas dapur yg menggunakan gas utk memasak. ~ kayu dapur yg menggunakan kayu sbg bahan utk dibakar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dapur

Puisi
 

Betul bodoh orang di dapur,
     Keris pesaka potongkan sayur;
Sungguh songket bunga bertabur,
     Kerap tercampak di balik dapur.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Merantau di sudut dapur.

Bermaksud :

Pergi mencari penghidupan ke tempat yang tak berapa jauh. (Biasa juga: Merantau ke balik dapur).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Mengidam dapur gasPenerbit FargoesTiada1981 
Rahsia dapur : soal jawab dunia masakanAlaf 21 Sdn BhdTiada2006983-124-221-1
Mari ke dapur emakDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20009836268146
Mari ke dapur emakDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2002983-62-6786-7
Seri hiasan dapur yang menarikS.A. Abdul Majeed & Co.Tiada 978-983-197-974-7
Mari ke dapur makDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2000983-62-6786-7
Mari ke dapur makDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2000983-62-6786-7
Mari ke dapur emakDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2001983-62-6786-7
Cerita di balik dapur Tempo: 15 tahun (1971-1986) dan 40 tahun (1971-2011)Tempo International MediaTiada2011978-979-91-0402-1

Kembali ke atas