Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.tu/] | داتوق

Definisi : 1. bapa kpd ayah atau ibu seseorang; 2. panggilan oleh seseorang terhadap bapa kpd ayahnya (ibunya) atau terhadap se­se­orang lain yg sedemikian tuanya, aki, kakek; ~ nenek nenek moyang, leluhur; 3. ark panggilan orang ramai kpd anggota polis atau panggilan mata-mata kpd pegawai atasannya; 4. Mn penghulu adat; 5. hantu (puaka, pe­nunggu) sesuatu tempat: ~ di pokok itu kononnya selalu mengganggu orang-orang yg lalu di situ; 6. topekong, berhala, atau dewa (kpd orang Cina yg mempunyai ke­percayaan tertentu); rumah ~ rumah berhala; 7. bp sebutan bagi harimau; ~ betina sl ketua dayang-dayang dlm istana; ~ kayu ark pegawai dan kakitangan jabatan hutan; mendatukkan menjadikan (memanggil) datuk: Tok Embong dituankan oleh orang-orang suruhannya, diayahkan oleh peringkat anak-anak dan didatukkan oleh peringkat cucunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.tu/] | داتوق

Definisi : 1. gelaran kehormat kpd orang yg berpangkat atau bermartabat tinggi (yg biasa­nya menjadi pembesar negeri): ~ Bendahara; ~ Paduka Raja; ~ Panglima; ~ Temeng­gung; 2. gelaran kehormat di Malaysia yg dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua Negeri Melaka, Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Yang Dipertua Negeri Sabah kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu (sbg penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kpd negara); ~ Bandar ketua pentadbiran sesebuah bandar raya; ~ Patinggi gelaran kehormat yg dianu­gerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak kpd orang yg telah dianugerahi pingat tertentu; ~ Seri gelaran kehormat yg dianu­gerahkan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka kpd orang yg telah dianugerahi pingat ter­tentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.tu/] | داتوق

Definisi : 1 bapa kpd ayah atau ibu sendiri. 2 panggilan utk bapa kpd ayah atau ibu sendiri; panggilan utk orang lelaki yg lebih kurang sebaya dgn datuk 1. mendatukkan memanggil seseorang datuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[da.tu/] | داتوق

Definisi : 1 gelaran kehormatan yg dianugerahkan oleh Ketua Negara atau Ketua Negeri kpd orang-orang tertentu (kerana menghormati jasanya dll): Antara tetamu yg hadir termasuklah ~ Hussein Onn dan isterinya, Datin Suhaila. 2 gelaran kehormatan yg diberikan kpd orang-orang yg berpangkat: ~ Bandar; ~ Bendahara; ~ Panglima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datuk

Puisi
 

Burung belibis burung jelatuk,
     Singgah menyewa di kampung petani;
Minta tabik segala datuk,
     Datuk ada semua di sini.


Lihat selanjutnya...(27)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Majlis Perasmian Jualan Gudang Buku dan Majalah DBP oleh YB. Datuk Fuad Datuk Hj. HassanDewan Bahasa dan PustakaTiada1999 
Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Alfred JabuUniversiti Malaysia SarawakTiada2016978-967-2008-18-7
Datuk Bahaman pahlawan SementanSyarikat AkinoTiada  
Datuk Kelvin Tan Aik PenUniversiti Malaysia SabahTiada2006983-2369-47-9
Datuk Mohd. Yaman Ahmad MusUniversiti Malaysia SabahTiada2011978-967-5224-89-8
Datuk bandar Tiada1982 
Datuk Abdullah Badawi : pejuang kemanusiaan sejagatPustaka AntaraTiada1997967-937-381-9
Datuk Bentara Luar JohorPenerbitan Fargoes Sdn. Bhd.Tiada1981 
Datuk Haji Abdul Kadir Hassan: 40 Kemusykilan Agama Siri ke-2 Tiada2006 
Datuk Maharaja Lela Tiada1982 
12345678910...

Kembali ke atas