Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.ba.wah] | د باوه

Definisi : 1. di kawasan sekeliling rumah dsb yg bertangga (mis di taman, di perkarangan, dsb): kanak-kanak itu disuruh ibu mereka pergi bermain ~; 2. di ruang kosong di antara tiang rumah atau kaki meja (kerusi dll): ~ meja; 3. yg terletak pd baris (ruang dsb) yg berikutnya: sila rujuk pd rajah ~; baca petikan ~; 4. kurang drpd: kanak-kanak ~ umur 12 tahun; 5. berada dlm atau tertakluk pd (peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa, dsb): kakitangan ~ jagaannya; orkestra ~ pimpinan Johari Saleh; orang ~ orang yg lebih rendah (pangkat, kedudukan, dsb); ~ harga lebih murah drpd harga yg sebenarnya; ~ ketiak di bawah pengaruh (orang tua dll); ~ lindungan dilindungi oleh; ~ penilikan ditilik oleh; ~ perintah diperintahkan oleh; ~ umur belum dewasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.ba.wah] | د باوه

Definisi : 1 di tempat yg lebih rendah: Mari kita pergi bermain-main ~ pohon jambu itu. 2 kurang drpd: Markahnya ~ markah saya. 3 dlm kuasa atau dlm pimpinan seseorang: zaman kegemilangan Melaka ~ pemerintahan Sultan Alaudin yg adil lagi bijaksana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di bawah

Puisi
 

Apa busuk di bawah bangku,
     Anak ayam mati terlentang;
Siapa duduk dengan Cik Bongsu,
     Bagai bulan pagar dek bintang.


Lihat selanjutnya...(55)
Peribahasa

Di bawah ketiak orang.

Bermaksud :

Di bawah kekuasaan orang.

 

Lihat selanjutnya...(35)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Di bawah hembusan kasihmuVariapopTiada1989 
Di bawah lindungan Ka'bah Tiada2011979-690-854-9
Di bawah langit Copenhagen: kumpulan cerpen Tiada2013978-967-430-305-1
Di bawah lindungan Ka'bahDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2015979-418-063-7
Di bawah langit: rampai sastera Melayu baru PataniDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20139789834608415
Di bawah alunan ombak [taipskrip]Dewan Bahasa dan PustakaTiada[1980] 
Di bawah langit: rampai sastera Melayu baru PataniDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2014 
Di bawah pohon terembesi Tiada1972 
Di bawah alunan ombakDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1987 
Di bawah alunan ombakDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1971 
12345678910...

Kembali ke atas