[gréd] | ݢريد
Definisi : (gréd) 1. peringkat atau darjah nilai sesuatu mutu: telur ~ A; 2. pangkat atau tingkatan kelulusan yg dicapai (dlm peperiksaan tertentu): ~ satu (dua, tiga); menggredkan menentukan gred (mutu); penggredan perihal atau perbuatan menggredkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[gréd] | ݢريد
Definisi : /gréd/ 1 peringkat atau darjah sesuatu nilai dll; mutu: Padi itu dibeli dgn harga yg ditetapkan mengikut ~ masing-masing. 2 kelas bagi barang-barang yg sama jenisnya: Getah asli dikeluarkan dlm berbagai-bagai bentuk dan ~. 3 peringkat atau tingkatan kelulusan (dlm peperiksaan dll): Ani mendapat ~ pertama dlm peperiksaan SPM. menggredkan membahagi-bahagikan mengikut gred: Pekerja itu ~ telur mengikut saiznya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)