Definisi : ; menggugat 1. mendakwa, mengadukan (perkara) kpd mahkamah; ~ pusaka mengadukan perkara pusaka kpd mahkamah; 2. mendesak supaya menepati janji, membangkitkan perkara yg sudah-sudah, mengkritik dgn keras, mencela, membantah, menyanggah: ahli Dewan Rakyat itu digugat oleh ahli-ahli partinya kerana tidak menepati janji; tergugat digugat: ketenteraman masyarakat telah ~; gugatan dakwaan, tuntutan, celaan, sanggahan; penggugatan perihal atau perbuatan menggugat; penggugat orang yg menggugat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : ; menggugat 1 mengadukan sesuatu hal kpd mahkamah; menuntut di mahkamah; mendakwa: Jika hendak ~ orang, kita mesti mempunyai bukti-bukti yg nyata. 2 membangkit-bangkit perkara yg sudah-sudah; menuntut supaya ditepati janji dll; mencela dgn keras: Rakyat jelata telah ~ wakil-wakil mereka ke Parlimen kerana tidak menepati janji. penggugatan perbuatan atau cara menggugat. penggugat orang yg menggugat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)