Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hen.da/] | هندق

Definisi : 1 ingin mempunyai, mendapat atau memperoleh sesuatu: Budak itu ~ akan baju baru. Kita mesti bekerja keras jika kita ~ maju. 2 bermaksud akan; mahu akan: Dia ~ melanjutkan pelajarannya ke luar negara. 3 untuk; bagi: Dia tidak ada wang ~ membayar hutang. ~lah tidak dpt tidak; mesti; patut. ~nya sebaik-baiknya; sepatutnya. menghendaki mengharapkan (sesuatu); mengingini; memerlukan: Semua manusia ~ kesenangan hidup. kehendak, = ~ hati keinginan atau kemahuan yg keras; kemahuan; hajat: Tanyakan apa ~nya. berkehendak berharap akan; bermaksud hendak; berkeinginan: Dia ~ supaya dia saja yg mendapat keuntungan. berkehendakkan berkehendak akan: Pokok padi ~ air yg banyak utk hidup subur. dikehendaki diingini; diperlukan: Semua pihak diminta bekerjasama, kalau tidak, kita tidak akan maju sebagaimana yg ~. sekehendak, = ~ hati sesuka hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hendak (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mahu: ingin, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan,

2. Bersinonim dengan untuk: bagi

Kata Terbitan : menghendaki, kehendak, sekehendak hati, berkehendak,

Puisi
 

Hendak dipais ikan todak,
     Hendak diparut bukannya terung;
Hendak ditangis bukannya budak,
     Hendak terbang bukannya burung.


Lihat selanjutnya...(435)
Peribahasa

Diberi sejengkal hendak sehasta,
     diberi sehasta hendak sedepa.

Bermaksud :

Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Seperti Belanda minta tanah).

 

Lihat selanjutnya...(230)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalihDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2016 
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih Tiada1980 
Hendak ke mana, cantik ?Dewan Bahasa dan PustakaTiada1991983-62-2194-4
Hendak kemana hukum Islam?TintamasTiada1960 
Hendak ke mana, cantik?Dewan Bahasa dan PustakaTiada1991983-62-2196-4
Hendak ulam pucuk menjulai:sebuah autobiografiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2008978-983-62-9766-2
Hendak hujan, hujan sa-kaliPenerbitan Pustaka Melayu BaruTiada1967 
Hendak ulam pucuk menjulaiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20089836297662
Hendak berbaktiG. Koff & Co.Tiada1951 
Dunia hendak runtuh [taipskrip]Dewan Bahasa dan PustakaTiada1973 
1234

Kembali ke atas