Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öi.ba.rat]/[i.ba.rat] | عبارت

Definisi : 1. umpama, seperti, misal: agama itu ~ suatu suluh bagi menunjukkan jalan yg lurus dan selamat; 2. contoh yg baik yg terkandung dlm sesuatu cerita (perumpamaan dll), pengajaran, teladan: ambillah ~ drpd cerita itu; cerita ~ cerita yg mengandungi pengajar­an; 3. cerita (pantun, sajak, dll) yg dijadikan perbandingan atau kiasan (bagi mengatakan sesuatu maksud); kias ~ bahasa berbunga-bunga yg mempunyai erti dua lapis serta dalam maksudnya; beribarat 1. mengandungi ibarat: dia gemar benar membaca cerita-cerita yg ~; 2. memberi pengajaran (petunjuk) dgn menggunakan ibarat: Tuk guru itu selalu ~ pd masa dia mengajar agama; mengibaratkan 1. mengumpamakan, menyamakan, membandingkan (sesuatu benda dgn yg lain): pd manusia spt inilah dapat diibaratkan pepatah: bercerai hidup umpat-umpatan, bercerai mati puji-pujian; 2. menganggap: dia ~ buku sbg temannya pd waktu lapang; 3. mengatakan sesuatu (selalunya yg berupa nasihat) dgn berbagai-bagai kiasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öi.ba.rat]/[i.ba.rat] | عبارت

Definisi : 1 sesuatu (cerita, perkataan dll) yg diambil sbg pedoman atau perbandingan: Cerita-cerita ~ spt ini banyak terdapat dlm kesusasteraan lama. 2 maksud yg terkandung dlm sesuatu cerita dll; pengajaran; teladan: Cerita ini ~nya sesiapa yg berbuat baik akan menerima balasan yg baik jua. 3 tidak ubahnya spt; sebagai; seumpama: Hidupnya ~ burung dlm sangkar. beribarat 1 ada ibarat atau teladannya: Cerita-cerita yg ~ sangat sesuai utk kanak-kanak. 2 memberi nasihat dll dgn menggunakan ibarat: Bapa selalu ~ semasa menasihati kami. mengibaratkan 1 membandingkan sesuatu benda dgn sesuatu yg lain; mengumpamakan: Ustaz Hamid sering ~ buku sbg telaga yg tidak pernah kering airnya. 2 menganggap: Beliau ~ pejabatnya sbg rumah keduanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ibarat
1. Bersinonim dengan umpama
( seperti, macam, serupa, sebagai, bagaikan, laksana, selaku, bak, )
(kata tugas:)

2. Bersinonim dengan teladan
( pengajaran, iktibar, contoh, tamsil, model, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : mengibaratkan,

Puisi
 

Pantai Lukut luas terbentang,
     Teluknya penuh berbatu karang;
Ibarat melukut di tepi gantang,
     Masuk tak penuh keluar tak kurang.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Ibarat dawat (dakwat) dengan kertas: bila boleh renggang terlepas.

Bermaksud :

Suami isteri yang berkasih-kasihan.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Ibarat SingapuraMaktabah Al-HamdiahTiada1928 
Syair Ibarat dan Khabar KiamatDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Kasih ibarat embun pagiPenerbitan Pena Sdn. Bhd.Tiada1979 
Kasih ibarat setitis embun Tiada1989 
Kasih ibarat embun pagiPenerbitan AmirTiada1975 
Hidup ibarat sungai dan lain2 cheritaDewan Bahasa dan Pustaka BruneiTiada1973 
Kasih ibarat setitis embunW S EnterpriseTiada1989 
Cerita-cerita ibarat Pak Kaduk dan Pak BelalangLongman MalaysiaTiada19800 582 736939 0
Kiasan - makanan arif kiasan ibaratSinaran Bros LimitedTiada1958 
Pantun Mukun Melayu Sarawak: satu kajian kias dan ibarat Tiada2012 

Kembali ke atas