Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.gung] | جاݢوڠ

Definisi : sj tumbuhan yg buahnya bertongkol dan berbijirin yg boleh dimakan, Zea mays; setahun ~ = seumur ~ a) lebih kurang 100 hari (tiga bulan); b) terlalu muda; berjagung-jagung; baik ~ sementara padi belum masak prb sementara menunggu se­suatu yg lebih baik, yg kurang baik pun boleh dipakai dahulu; menjagung 1. menyerupai biji jagung; 2. mulai tumbuh (padi, gigi, penyakit cacar, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.gung] | جاݢوڠ

Definisi : nama sj tanaman atau buahnya (buahnya bertongkol dan bijinya boleh dimakan), Zea mays. setahun ~, = seumur ~ a. terlalu muda. b. ± 100 hari atau 3 bulan. menjagung menyerupai biji jagung; mula tumbuh (penyakit cacar, gigi dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jagung

Puisi
 

Kalau tuan makan jagung,
     Jagung dimakan burung merpati;
Kita ini sama berpantun,
     Pantun kita mohon berhenti.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Padi masak,
     jagung mengupih.

Bermaksud :

Keuntungan yang berlipat ganda. mengupih = sudah tua.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
JagungDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1986 
JagungDewan Bahasa dan PustakaTiada2006983627357X
JagungDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2003983-62-7357-X
Jagung dan pisangDewan Bahasa dan PustakaTiada  
JagungDewan Bahasa dan PustakaTiada1988 
Jagung pulut pusaka moyangDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2001983-62-6942-8
Sebutir jagung Tiada2011978-967-356-031-8
Kebun jagung di pinggir bukitTeks Publishing Sdn. Bhd.Tiada19849679460169
Sajak ladang jagungPustaka JayaTiada1975 

Kembali ke atas