Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. pemimpin dan pelerai di gelanggang sabung, juruadu; ~ ayam jurusabung (yg menjaga serta melatih) ayam; 2. orang yg memimpin sesuatu majlis jamuan dll; 3. johan (dlm pertandingan dll): ~ Piala Thomas; ~ anggar johan permainan anggar; ~ bersama pemenang yg menjadi johan bersama dgn pemenang lain (kerana kedua-duanya men­dapat mata dsb yg sama); ~ bertahan = ~ me­nanti orang yg memegang sesuatu ke­johanan dan kini bertanding utk mem­per­tahankan kejohanannya; ~ dikir Kl tukang karut dan tukang lagu dlm dikir barat; 4. ahli dlm sesuatu permainan dll: dia memang ~ fasal pakaian; 5. orang kedua penting dlm persembahan dikir barat yg tugasnya me­mulakan dikir barat dlm keadaan duduk dan diikuti oleh awak-awak; adat ~ kalah menang prb dlm setiap usaha mesti terdapat kalah menang (untung rugi); bersahabat dgn ~, selilit benang bulang tahu juga prb kalau bercampur dgn orang jahat akhirnya kita menjadi jahat pula; menjuarai 1. menjadi juara, menjadi johan: kali terakhir Malaysia ~ Piala Thomas ialah pd tahun 1992 di Kuala Lumpur; 2. mem­perjuangkan (mempertahankan, me­nyo­kong, dsb) dgn sesungguhnya: terlampau ramai ahli politik yg terpaksa ~ kepentingan kaum sendiri; dia pun telah menjadi pengusaha dan pedagang di samping mengaku men­jadi orang politik yg seratus peratus ~ nasib rakyat; kejuaraan 1. kehandalan (dlm sukan dll), keunggulan; 2. pertandingan utk menentukan johan, kejohanan: pasukan Selangor telah memenangi ~ bola sepak Malaysia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
juara (kata nama)
Bersinonim dengan johan, jaguh, pemenang, jago, campian;,
Kata Terbitan : menjuarai, kejuaraan,

Puisi
 

Raja bermadah mandi bersiram,
     Burung merpati terbang sila;
Berapa lama tuah ayam,
     Mati gelanggang bujang juara.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bersahabat dengan juara,
     selilit benang bulang tahu juga.

Bermaksud :

Apabila jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula. benang bulang = benang pengikat taji ke kaki ayam yang akan disabung.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Juara Pelajar Mei - Jun 2014Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei1 May 201420142224 -9303
Juara Pelajar Mac - April 2014Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei1 March 201420142224 -9303
Juara yang tewasDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1988983-62-0142-4
Juara rakyatInstitut Terjemahan Negara Malaysia BerhadTiada2011978-983-068-569-4
Juara pentasWarner Business BooksTiada2007978-983-3604-03-6
JuaraDewan Bahasa dan PustakaTiada1989983-62-1076-8
JuaraDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2004983-62-8378-1
JuaraDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20079836283781
JuaraDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2008 
JuaraDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2001983-137-830-X
1234

Kembali ke atas