Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.yu] | کايو

Definisi : 1 bahagian pokok yg keras yg digunakan utk membuat berbagai-bagai alat (perkakas rumah dll): ~ pohon getah tidak sekeras ~ pohon jati. 2 kata utk menyatakan nama beberapa jenis kayu: ~ ara; ~ jati. 3 yg dibuat drpd kayu: kerusi ~; rumah ~. ~ api kayu yg dibakar sbg bahan api. ~ balak batang kayu yg telah dipotong dahannya atau cabangnya. ~ bedik ist alat yg digunakan utk mengawal pergerakan kursor dgn menggerakkan rod yg dihubungkan pd komputer. ~ belantan gada (pemukul) yg dibuat drpd kayu. ~ gubal ist bahagian luar kayu pokok yg mengandungi sel-sel hidup dan bahan simpanan, spt kanji. ~ lapis kayu tipis yg berlapis dan berkeping-keping (utk dibuat almari dll). ~ manis nama sj pohon yg kulitnya berasa manis-manis pedas, Cinnamomum zeylanicum (iners). ~ pelontang kayu yg dpt mengapung atau timbul (kerana ringan), yg diikat pd tali kail. ~ pembaris kayu yg lurus dan bersenggat-senggat dgn ukuran (digunakan utk membuat garis lurus atau utk mengukur jarak). ~ putih nama sj tumbuh-tumbuhan yg drnya diperoleh minyak utk dibuat ubat, Eucalyptus spp.. ~ uji kayu yg runcing atau agak tajam hujungnya dan digunakan di dlm makmal utk menguji sesuatu gas (spt oksigen). kayu-kayuan, kayu-kayan berbagai-bagai jenis kayu; serba jenis kayu. berkayu 1 ada kayunya; berteras. 2 mencari kayu di hutan: pergi ~ pergi mencari kayu di hutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.yu] | کايو

Definisi : satuan ukuran kain yg panjangnya 18.288 meter atau 20 ela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kayu

Puisi
 

Kayu jelutung kayu di rimba,
     Mati bertimpa kayu kelat;
Sudah untung kita berdua,
     Umpama ikan dalam belat.


Lihat selanjutnya...(147)
Peribahasa

Kayu mati berpunggur,
     manusia mati biar bernama.

Bermaksud :

Hidup manusia hendaklah meninggalkan jasa yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(79)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Nunuk kayu and kolimunduk kayu Tiada1990967-935-168-8
Kayu pagarnya hilang Tiada  
Kayu nagaYayasan Obor IndonesiaTiada2007978-979-461-653-6
Pokok Kayu BakauDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2013 
Ukiran Kayu Melayu Tradisi [kk]Dewan Bahasa dan PustakaTiada2016978-983-49-0352-7
Pemotong kayu dengan kapakSinaran Bros LimitedTiada  
Ukiran Kayu LamaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada  
Ukiran kayu warisan MelayuPerbadanan Kemajuan Kraftangan MalaysiaTiada2009978983391-96573
Pertukangan kayu tiori dan amalanDewan Bahasa dan PustakaTiada1971 
Budak kayueSastera EnterpriseTiada2007978-967-5043-02-4
12345678

Kembali ke atas