Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.be.sa.ran] | کبسرن

Definisi : 1. perihal (sifat dll) besar, kemuliaan, kehormatan: surat itu dijemput Raja Pasai dgn sempurna ~ dan sempurna kemuliaan; pakaian ~ pakaian yg dipakai ketika istiadat besar-besar; payung ~ payung istiadat raja-raja; 2. Jk terlalu besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.be.sa.ran] | کبسرن

Definisi : 1 keadaan atau sifat besar: ~ Tuhan tidak ada bandingnya. 2 tanda-tanda spt pakaian dll yg menyatakan ketinggian pangkat atau darjat: Baginda duduk bersemayam dgn memakai pakaian ~. 3 hal atau perkara yg dpt dibanggakan atau yg dpt dimegahkan; kemuliaan: ~ kerajaan Melayu Melaka termasyhur ke seluruh dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebesaran

Peribahasa

Agung susut,
     pongah masih.

Bermaksud :

Kebesaran sudah hilang, tetapi keangkuhannya masih ada juga. agung = besar; pongah = angkuh.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Rahasia kebesaran "pudjangga Amir Hamzah" Tiada  
Pingat KebesaranDewan Bahasa dan PustakaTiada1998 
Bintang kebesaran negaraDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Senarai darjah kebesaran dan gelaran MelayuPerpustakaan Negara MalaysiaTiada2014978-967-931-257-7
Darjah-darjah kebesaran dan bintang-bintang kehormatan Persekutuan serta cara memakainya [taipskrip] Tiada1976 
Uzair; tanda kebesaran allahDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1993983-62-3581-7
Uzair: Tanda kebesaran AllahDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2007978-983-62-9444-9
Keikhlasan meyakini kebesaran tuhanPekan IlmuTiada2007978-983-2567-95-0
Darjah-darjah kebesaran dan bintang-bintang kehormatan persekutuan serta cara memakainyaDewan Bahasa dan PustakaTiada1978 
Sambutan hari-hari kebesaran dan perayaan keagamaan Malaysia (siri pertama)Adicita Karya NusaTiada1982 
12

Kembali ke atas