Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : lengkap dgn (mengandungi, mem­punyai, dsb) maklumat (data, ciri-ciri, unsur­-unsur, dsb) yg terbaru, sejajar dgn kemajuan (perkembangan dll) semasa: menyediakan data dan fakta yg ~; reka bentuk dan mutu yg ~; daftar atau jadual yg ~; mengemaskinikan menjadikan kemas kini, mengusahakan dsb supaya (menjadi) kemas kini: kamus-kamus Melayu mestilah dikemaskinikan dgn tambahan kata-kata baru; meminda dan ~ beberapa peruntukan dlm akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984; ~ lagi pengetahuan yg sedia ada; mengadakan strategi baru atau ~ rancangan-rancangan lama; pengemaskinian perbuatan (usaha dsb) mengemaskinikan: buku-buku tatabahasa yg ada itu berdasarkan bahasa Melayu dulu, jadi suatu usaha ~ perlu dilakukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 baru atau sedang berlaku; semasa. 2 memperlihatkan atau menampakkan pembaruan (bkn stail, fesyen dll); moden; terbaru: Kebanyakan fesyen pakaian ciptaannya ~. mengemaskinikan 1 menjadikan kemas kini; mengusahakan supaya kemas kini. 2 ist mengubah suai kandungan fail induk (komputer) dgn memasukkan maklumat terkini. pengemaskinian perbuatan atau hal mengemaskinikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kemas (adjektif)
1. Bersinonim dengan rapi: kemin, sering, terurus, teratur, tersusun,
Berantonim dengan berselerak

2. Bersinonim dengan kuat: teguh, erat, kukuh,

3. Bersinonim dengan beres: bersih, habis, selesai,

4. Bersinonim dengan sihat: segar

Kata Terbitan : berkemas, berkemas-kemas, mengemaskan, pengemas,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Nahu kemas kiniPTS Professional Publishing Sdn. Bhd.Tiada20089789833586530
Sastera Teras Negara Bangsa (edisi kemas kini) Tiada2015978-967-430-744-8
Bagaimana akhirnya saya bertudung, edisi kemas kiniPTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.Tiada2004983-192-660-9
Teori & Teknik Ucapan Berpengaruh Edisi Kemas KiniPTS Publications & Distributors Sdn BhdTiada2001983-3376-42-8

Kembali ke atas