Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[qia.mat] | قيامة

Definisi : Ar 1. = hari ~ akhir zaman, iaitu apabila seluruh alam musnah: ~ akan berlaku tetapi tiada seorang pun yg tahu bila; ~ kubra kiamat apabila berlakunya kemusnahan seluruh alam; sampai ~ sampai akhir zaman, (buat) selama-lamanya: takkan hendak disimpan wang itu sampai ~; 2. = hari ~ hari apabila manusia dibangkitkan (drpd mati) utk dihisab segala amalannya dan diberi pem­balasan; 3. = hari ~ hari penghisaban, iaitu hari apabila segala amalan manusia dihisab; 4. = hari ~ hari pembalasan, iaitu hari apabila manusia menerima balasan atas segala amalan baik dan buruk di dunia: pd hari ~ Allah akan menghukum dgn adil dan benar; 5. ki rosak binasa, kacau-bilau, mendapat bencana (kecelakaan): ~ nanti kalau rahsia ini diketahuinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[qia.mat] | قيامة

Definisi : 1 kebangkitan semula sekalian manusia drpd mati (utk menghadapi keadilan Tuhan). 2 berakhir (ttg dunia, zaman): Tiada manusia yg tahu bila dunia ini akan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kiamat

Puisi
 

Sipitang batu keramat,
     Tempat orang menjemur padi;
Langit bergulung tanda kiamat,
     Kami tidak mungkirkan janji.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Seperti halilintar membelah bumi.

Bermaksud :

Bunyi (tempikan) yang sangat kuat. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kiamat bunyinya).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
KiamatAlharamainTiada1981 
Syair kiamatDarultibaah MisriatilkubraTiada[1937] 
Hari kiamatPustaka NasionalTiada1976 
Falsafah KiamatPustaka DianTiada1958 
Hari kiamatBulan BintangTiada1976 
Dunia belum kiamatDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2014978-983-46-0829-3
Dunia belum kiamat:Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada20139789834608293
Tanda-tanda kiamat tanda kecil dan tanda besar Tiada1996983-9188-54-2
Barzakh dan kiamatKarya BestariTiada2008978-967-86-0314-0
Syair Hari Kiamat Tiada1878 
123

Kembali ke atas