[ku.nyit] | کوڽيت
Definisi : sj tumbuhan (rizomnya dijadikan bahan pencelup dan rempah), Curcuma domestica (longa); beras (nasi) ~ beras (nasi) yg kuning warnanya (kerana dibubuh air kunyit); ~ bolai sj tumbuhan (herba), bolai, bongelai, Zingiber cassumunar; ~ jawa sj tumbuhan (pokok renek), jarak belanda, kesum, kesumba keling, Bixa orellana; ~ teras hitam sj tumbuhan (herba), bersih hitam, lampoyang hitam, Zingiber ottergii; bagai ~ dgn kapur prb lekas atau mudah berlaku (mesra, berpadu, dll); kuning oleh ~, hitam oleh arang prb orang yg tidak berpendirian tetap dan dapat dihasut (dipengaruhi) oleh orang lain; tidak resan ~ resan serai prb tidak ada perhubungan keluarga antara dua orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ku.nyit] | کوڽيت
Definisi : ; ~ selayang sj burung, Oriolus chinensis; ~ senja sj burung, Oriolus xanthonotus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ku.nyit] | کوڽيت
Definisi : nama sj tumbuh-tumbuhan atau rizomnya (rizomnya dijadikan ramuan ubat, gulai dll), Curcuma domestica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)