[la.faz] | لفظ
Definisi : Ar 1. bunyi perkataan yg disebut atau yg diucapkan dgn baik, sebutan atau ucapan yg baik: hendaklah kita memberi salam kpd orang yg kita temui sekurang-kurang ~nya ‘assalamualaikum’; 2. kata-kata yg disebut (diucap atau ditulis): maka berkenanlah ~ surat itu kpd Sultan Muzaffar Shah; berlafaz dilafazkan, diucapkan: niat di hati yg tidak ~ sebenarnya tidak berbahasa; melafazkan mengucapkan (kata, perkataan, doa, dll): beta sangat sukacita dapat ~ sepatah dua kata pd petang ini; terlafaz dapat dilafazkan: “Maaf, Mira!” hanya itu yg ~ olehnya; pelafazan perihal (proses) melafazkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[la.faz] | لفظ
Definisi : 1 bunyi perkataan yg disebut atau yg diucapkan; sebutan atau ucapan sesuatu perkataan: ~ kata-kata Rusia agak sukar bagi kita menyebutnya. 2 kata-kata atau perkataan yg diucapkan: Tahukah kamu bagaimana ~ niat puasa? melafazkan mengucapkan perkataan (kata, doa dll): Mereka semua berdiri tegak dan ~ ikrar taat setia kpd kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)