Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.das] | لندس

Definisi : 1. alas, lapik: ~ memotong kayu; 2. asas yg mendasari sesuatu (objektif, idea, dsb): ~ itu sebenarnya sekadar suatu teori utk menjangkau sesuatu; berlandas mempunyai (berlapik atau beralas dgn) landas: bangku pemotong kayu itu ~; berlandaskan 1. mempunyai sesuatu sbg landas atau landasan: papan itu dipotong ~ bongkah kayu; 2. berdasarkan, beralaskan: prinsip-prinsip Rukun Negara yg ~ agama; melandasi menjadi dasar (asas) kpd: sesung­guhnya kajian lapangan yg ~ tulisan ini sangat terbatas; tindakan ini dilandasi oleh peraturan-peraturan yg telah ditetapkan; melandaskan 1. memasang landas atau landasan pd; 2. mendasarkan, mengasaskan: bukanlah menjadi suatu kesalahan utk ~ penerangan guru pd huraian-huraian yg terdapat dlm teks tersebut; landasan 1. = pelandas ark alas, pengalas, penahan (ketika menempa besi dll), pelapik; ~ kereta api besi tempat kereta api bergerak; ~ terbang kawasan (yg keras) tempat kapal terbang turun atau naik; 2. ki dasar, asas jalan: orang ramai tidak akan menentang kamu se­lagi kamu berjalan di atas ~ yg betul; konsep bahasa tinggi menjadi ~ kertas kerja ini; berlandasan 1. menggunakan landasan, ber­lapik atau beralasan: mencencang ~, me­lompat bersetumpu, menjunjung berseng­gulung; 2. mempunyai sesuatu sbg alasan (dasar), beralasan, berdasar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.das] | لندس

Definisi : ; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), mahang bulan (serindit, tekukur), Macaranga triloba; ~ paya sj tumbuhan (pokok renek), gading-gading, lada burung besar, Greenia corymbosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.das] | لندس

Definisi : Sr, Sb musim tengkujuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.das] | لندس

Definisi : alas; lapik. berlandas mempunyai landas; beralas; berlapik. berlandaskan 1 mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg landas: Aminah memotong ubi kayu ~ sebuah bangku kecil. 2 ki memakai sesuatu sbg dasar; berdasarkan: Pendapat yg ~ kenyataan. landasan 1 sesuatu yg digunakan sbg alas atau sbg lapik sesuatu. 2 ki dasar; jalan: Sbg akibatnya, daya tarikan bumi turut lemah dan hal ini menyebabkan dunia tidak berjalan mengikut ~ edarannya yg biasa. ~ kereta api besi tempat kereta api bergerak; rel. ~ terbang kawasan tempat kapal terbang meluncur turun atau naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
landas (kata nama)
1. Bersinonim dengan alas: pengalas, lapik, pelapik, papan hiris, bangku,

2. Bersinonim dengan asas: dasar, prinsip,

Kata Terbitan : berlandaskan, melandasi, melandaskan, landasan,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Landas KreavititiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1997983-62-5228-2
Landas KreativitiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1997983-62-5228-2
Landas kreativiti penulisan cerpenDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1997983-62-5228-2
Tinggal landas buat kekasihRhythm Publishing Co. Sdn. Bhd.Tiada2004983-187-280-0
Tinggal landas ke abad 21Dewan Bahasa dan Pustaka BruneiTiada1994 
Kerangka landasan pembangunan dan lepas landasPustaka Sinar HarapanTiada1988 

Kembali ke atas