Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lem.bar] | لمبر

Definisi : 1. sl benang atau tali; 2. penjodoh bilangan bagi benda yg panjang dan luas bidangnya (tali, kertas, dll), helai, utas: sehari se~ benang lama-lama menjadi kain; melembarkan mengantih atau memintal tali (benang dll); lembaran 1. lampiran atau helai (kertas, surat khabar, dll); 2. halaman atau muka surat (pd buku, surat khabar, dll): alamat sidang pengarang termuat di ~ pertama; kita jadikan tahun 1964 sbg permulaan ~ sejarah yg cemerlang bagi Sarawak; 3. keluaran surat khabar (majalah dll); ~ pagi surat khabar sebelah pagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.bar] | لمبر

Definisi : 1 tali atau benang. 2 penjodoh bilangan utk benda yg panjang atau yg luas bidangnya (tali, benang, kertas dll); helai: Sehari se~ benang, lama-lama menjadi kain. melembarkan memintal benang dll; memilin. lembaran 1 helai (kertas, surat khabar dll). 2 muka surat (pd buku dll); halaman: Namanya ada tercatat pd ~ yg akhir. ~ hamparan ist dokumen kerja elektronik yg disusun mengikut baris dan lajur yg boleh digunakan utk menganalisis dan memaparkan data. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lembar (kata nama,)
Bahasa Asal :sastera lama
Bersinonim dengan benang, tali;,
Kata Terbitan : lembaran,

Peribahasa

617

Union is strength

Maksud atau kejayaan boleh dicapai jika manusia bekerjasama dan tidak bertindak sendirian.

Tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus.

We like chicken but the decision taken by the suppliers to raise its price again was not to our liking. As we believed that union is strength, we made a concerted efford to boycott their produce, hoping that the price would go down. Our efforts were not in vain. Within just a few days, the price did go down.

Kami suka makan ayam, tetapi kami tidak suka tindakan pembekal ayam menaikkan lagi harga bahan makanan. Kami percaya bahawa tali yang tiga lembar itu, tak suang-suang putus. Usaha kami itu ternyata berhasil. Dalam tempoh beberapa hari sahaja, harga ayam telah turun semula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Lembar-lembar sajak lama(1947-1953)Balai PustakaTiada1984 
Lembar-lembar sajak lama (1947-l953)Balai PustakaTiada1984 
Lembar Bahasa Bil.1/2002 (8)Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2002 
Lembar Bahasa Bil. 3/2001Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada  
Lembar Komunikasi no, 2/ X/ 1996Pusat Pembinaan dan Pengembangan BahasaTiada1997 
Lembar Bahasa Bil.3/2000Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2000 
Lembar Bahasa Bil.2/2003 (11)Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2003 
Lembar Bahasa Bil.1/2001 (5)Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2001 
Lembar Bahasa Bil.2/2001 (6)Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2001 
Lembar Bahasa Bil.4/2000Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2000 
123456

Kembali ke atas