Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.lam] | مالم

Definisi : = ~ hari waktu mulai dr matahari masuk sampai matahari terbit, lwn siang: ~ ini engkau jangan pergi ke mana-mana; jangan main di tanah lagi, hari sudah ~; ~ buta = ~ boleh Kl, Tr malam yg sangat gelap (gelap-gelita); ~ dansa Id pesta tari­menari (pd malam hari); ~ gembira perjum­paan yg diadakan pd malam hari utk bersuka ria; ~ ini = ~ sekarang pd malam hari nanti (nanti malam); ~ Minggu (Isnin) malam menjelang hari Minggu (Isnin); ~ panjang malam minggu; ~ ria pesta yg diadakan pd waktu malam (utk bersuka ria); spt siang dgn ~ sangat jauh perbezaannya; malam-malam sudah jauh malam, pd waktu malam: apa engkau hendak cari pergi ke bandar ~ hari ini? semalam 1. satu malam: kalau ke kampung nanti, tidurlah di rumah nenek barang ~; 2. sepanjang malam: maka ~ itu Hang Tuah pun berhikayat pelbagai cerita; 3. hari se­belum hari ini, kelmarin: ~ kami pergi ber-kelah ke Port Dickson; 4. malam sebelum malam ini, malam tadi: ~ dia pergi menonton filem di panggung Rex; ~ suntuk sepanjang malam; ~ di bawah nyiur pinang or (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.lam] | مالم

Definisi : Jw ark lilin (utk membatik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.lam] | مالم

Definisi : = ~ hari waktu sesudah matahari masuk sehingga matahari terbit. ~ buta malam yg sangat gelap. ~ ini (karang) waktu malam yg akan tiba sesudah siang ini. ~ minggu waktu malam sebelum hari minggu. malam-malam sudah jauh malam; sudah malam benar: Jika hendak keluar, jangan pulang ~. bermalam 1 menumpang tidur pd waktu malam; menginap: Saudara boleh ~ di rumah saya. 2 melebihi atau melewati satu malam: Lauk yg sudah ~ itu tidak elok utk dimakan. kemalaman mengalami hari malam: Mereka terlewat dan ~ dlm perjalanan ke sini. semalam 1 satu malam: Dlm perjalanan saya ke Kota Bharu, saya singgah ~ di Kuantan. 2 hari sebelum hari ini: Mengapa kamu tidak bersekolah ~? semalaman, semalam-malaman sepanjang malam: Saya tidak dpt tidur ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Malam ini malam Jumaat,
     Malam esok malam Sabtu;
Malam ini kita mengingat,
     Jangan lupa bunga di pasu.


Lihat selanjutnya...(189)
Peribahasa

Masak malam mentah pagi (= siang).

Bermaksud :

Perkara yang sudah selesai, tetapi tak lama kemudian berubah pula.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Malam seribu malamTeks Publishing Sdn. Bhd.Tiada1988 
Bila malam bertambah malamPustaka JayaTiada1971 
Apabila malam semakin malamSuhaimi Haji MuhammadTiada2008978-983-44254-0-1
Cerita seribu malam dan satu malamAnglo-Asiatic PressTiada1930 
Cerita seribu malam dan satu malamAnglo-Asiatic PressTiada1931 
Rushes Teater " Puteri Li Po " ( Malam Pertama hingga Malam Akhir )Pusat Dokumentasi MelayuTiada2003 
Malam indah di IpohAbdullah SidekTiada1954 
Malam Bahasa Jiwa Bangsa Sempena BBK 2016 Peringkat Negeri SelangorDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2016 
Malam Gema PuisiDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1970 
Malam Bahasa Jiwa BangsaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada2011 
12345678910...

Kembali ke atas